'Sebahagian cukai lapangan terbang dibayar kepada ERL'

Sama ada menggunakan perkhidmatan Express Rail Link Sdn. Bhd. (ERL) atau tidak, syarikat tersebut akan tetap memperoleh sebahagian daripada amaun cukai lapangan terbang yang dikutip daripada penumpang pesawat yang berlepas dan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Menerusi pendedahan dalam portal http://www.malaysia-today.net semalam, pengendalinya, Raja Petra Kamarudin mendakwa, perkara itu terkandung dalam sepucuk surat Kementerian Kewangan kepada Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) bertarikh 21 Ogos 1997 dengan siri rujukan UPE(S)65/3/5.

Dakwa beliau, surat itu merujuk memo daripada Tun Dr. Mahathir Mohamad (Perdana Menteri ketika itu) yang mengarahkan MAHB membayar ERL Sdn. Bhd. sebahagian daripada cukai lapangan terbang penumpang domestik dan antarabangsa KLIA yang kini termasuk klia2.

“Bayaran MAHB kepada ERL ini bermula dari hari pertama operasi tren itu sehingga akhir tempoh konsesi 30 tahun. Bayaran ini mening­kat sebanyak 10 peratus setiap lima tahun sehingga konsesi berakhir.

“Ini bermakna lambat laun cukai lapangan terbang KLIA dan klia2 terpaksa dinaikkan untuk menampung jumlah pembayaran yang semakin meningkat kepada ERL,” katanya dalam portal tersebut menerusi tajuk Mahathir’s the Malay Dilemma has become the Malaysian Dilemma.

Bermula 1 Januari tahun hadapan, harga tiket ERL akan dinaikkan kepada RM55 berbanding RM35 sekarang bagi perjalanan sehala dari KL Sentral ke KLIA atau klia2.

Peningkatan sebanyak 57 peratus itu merupakan semakan pertama sejak ia mula beroperasi 14 tahun lalu. YTL Corp. Bhd. menguasai 50 peratus dalam ERL Sdn. Bhd.

Menurut laporan penyelidikan, ERL menguasai kira-kira 14 peratus daripada penumpang harian bagi perjalanan ke klia2.

Kata Raja Petra dalam portal tersebut, di bawah perjanjian konsesi, tambang ERL (berasingan daripada cukai lapangan terbang) boleh meningkat kepada RM97 pada tahun 2019 dan kemudian menjadi RM126 pada tahun 2024 berbanding RM35 pada masa ini.

Oleh itu dakwanya, jika kenaikan tambang ERL kepada RM55 bermula 1 Januari ini tidak dibenarkan, maka kerajaan perlu membayar berbilion ringgit sebagai pampasan kepada syarikat itu.

“Berdasarkan kadar di­persetujui dan pembayaran daripada MAHB, ERL telah meramalkan pendapatan lebih daripada RM1 bilion setiap tahun bermula dari tahun depan dan menjangkau RM2.5 bilion setahun pada tahun 2027.

“Ini sebenarnya agak besar memandangkan kos keseluruhan pembinaan projek tersebut adalah sebanyak RM2.4 bilion dan ini (jumlah keuntungan) telah jauh lebih besar (daripada kos pembinaan). YTL telah membuat keuntungan yang besar daripada pembinaan tersebut lama dahulu,” jelasnya.

Dakwa Raja Petra, bukan itu sahaja, terdapat juga peruntukan bagi YTL untuk melanjutkan konsesi ERL selama 30 tahun lagi, yang bermakna mereka akan terus membuat keuntungan untuk generasi baharu kepimpinan syarikat tersebut.

“Oleh itu, sekali lagi, apa yang Dr. Mahathir tulis dan berkata pada tahun 1970 (merujuk buku The Malay Dilemma)? Atau apa yang ditulis hanya untuk pembaca Melayu bagi membantu beliau menjadi Perdana Menteri,” dakwa pengendali portal tersebut.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana