Ribuan terkandas di Langkawi... tiket feri habis dijual

Ribuan pelancong tempatan dan luar negara terkandas di pulau ini, berikutan tiket feri perjalanan ke Kuala Perlis dan Kedah lewat petang semalam dan awal pagi hari ini, habis dijual.
Tinjauan di terminal penumpang jeti Kuah di sini jam 9.30 pagi hari ini, mendapati tiket feri jadual asal perjalanan petang semalam dan awal pagi ini habis dijual sejak tengah hari semalam.

Kira-kira 50 pelancong termasuk pasangan pelancong Sepanyol terpaksa tidur di kaki lima Kompleks Jetty Point (KJP) di sini sejak malam tadi, sebelum dibantu petugas sukarela dengan membawa mereka ke kawasan yang lebih selesa.

Seorang petugas kaunter Langkawi Ferry Line Ventures Sdn Bhd (LFLV) yang enggan dikenali, berkata bagi perjalanan hari ini pihak syarikat menyediakan 27 feri ke Kuala Perlis dan 21 feri ke Kuala Kedah.

"Jumlah perjalanan feri itu termasuk feri tambahan yang disediakan oleh syarikat dan sebahagian besar tiket perjalanan awal pagi hingga tengah hari sudah habis dijual sejak petang semalam," katanya.

Pelancong, Rahimah Mohd Dom, 48, dari Nilai, Negeri Sembilan, berkata beliau dan lapan ahli keluarga mengambil keputusan tidur di kaki lima KJP selepas tidak dapat pulang lewat petang semalam kerana tiket feri kehabisan.

"Bagaimanapun kira-kira jam 11 malam tadi, ada petugas sukarela dan Ahli Dewan Undangan Negeri Kuah, Nor Saidi Nanyan, datang berjumpa dan membawa kami ke tempat yang lebih selesa untuk tidur dan membersihkan diri.

"Alhamdulillah, dalam kesusahan yang kami hadapi ada pihak tampil membantu. Terima kasih kepada semua yang membantu meringankan beban rombongan kami yang turut disertai kanak-kanak dan orang tua," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana