PNB Umum Dividen 7.25 Sen, 0.50 Sen Bonus Bagi ASB...Alhamdulilah

KUALA LUMPUR: Amanah Saham Nasional Bhd (ASNB), anak syarikat milik penuh Permodalan Nasional Bhd (PNB) pada Selasa mengumumkan agihan pendapatan sebanyak 7.25 sen seunit dan bonus 0.50 sen seunit bagi Amanah Saham Bumiputera (ASB) untuk tahun kewangan berakhir 31 Disember 2015.

Agihan berkenaan rendah sedikit berbanding 7.5 sen seunit yang diumumkan bagi ASB tahun lepas.

Pengerusi PNB, Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid berkata, agihan pendapatan itu akan melibatkan pembayaran sejumlah RM10.41 bilion, peningkatan sebanyak 4.3 peratus berbanding RM9.98 bilion yang dibayar tahun lepas.

Bagi bonus, beliau berkata ia melibatkan jumlah pembayaran sebanyak RM451.73 juta.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana