PKR tersepit... dibelakang api di depan duri

Sepanjang tiga hari berlangsungnya kongres tahunan PKR ke 11, antara yang hebat dan tidak lekang diperkatakan adalah isu pembebasan Anwar Ibrahim yang kini meringkuk di penjara.

Keseimpulannya, PKR kini tersepit berikutan pergolakan antara dua parti penting pembangkang iaitu DAP dan PAS.
PKR yang baru dan tidak mempunyai akar umbi sekuat PAS mahupun sumber seperti DAP nampaknya terpaksa beralah terhadap 'keegoaan' kedua parti tersebut.

Pepatah lama kata... PKR kini berdepan situasi 'dibelakang api di depan duri' untuk melayan ego DAP dan PAS dalam masa yang sama mempertahankan survival parti yang ditubuhkan untuk Datuk Seri Anwar Ibrahim itu.

Penekanan terhadap betapa pentingnya jalinan dan toleransi semua parti pembangkang ini berkemungkinan disuarakan setelah parti itu muak melihat persengketaan yang berlarutan di antara PAS dan DAP walaupun telah memutuskan untuk tidak lagi mempunyai hubungan dan kerjasama politik.

Hubungan yang semakin tegang antara dua parti politik ini juga mengakibatkan usul menolak Bajet 2016 di Parlimen baru-baru ini membuktikan kelemahan blok-blok parti pembangkang.

DAP turut semakin tegas dengan memberi amaran kepada blok pembangkang supaya tidak mengumumkan bertanding kerusi pilihan raya akan datang dengan sesuka hati.

Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua pada Oktober lalu berkata, parti itu mungkin akan bertanding lapan kerusi menentang PAS di Selangor dalam pilihan raya umum akan datang malah sudah bersedia ke arah itu.

Kerusi-kerusi yang dimaksudkan ialah Taman Templer, Lembah Jaya, Paya Jeras, Sri Serdang, Meru, Cempaka, Dusun Tua dan Tanjung Sepat.

Adakah PKR semakin bimbang akan kedudukan mereka yang semakin tergugat, sehubungan itu parti itu memilih kongres pada kali ini sebagai medium menyuarakan kepentingan untuk terus bersatu-padu?

Kekusutan di antara PAS dan DAP, dan PAS bersama Amanah juga berkemungkinan menjadikan PKR semakin terdesak kini?

Bukan sahaja hubungan antara blok pembangkang menjadi sebutan, ada juga perwakilan yang bersuara mempertikaikan kemampuan Pakatan Harapan untuk menewaskan Barisan Nasional (BN) menjelang Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) yang akan datang.

Dari dulu lagi PKR sentiasa dilihat menjadi 'orang tengah' dalam menyelesaikan masalah di antara DAP dan PAS.

Kini terbuktilah parti itu muak untuk menjadi mangsa yang tersepit di sebalik pertelingkahan kedua-dua parti itu.

Sebenarnya inilah kesannya apabila parti itu nekad untuk menubuhkan pakatan yang baharu tanpa PAS menyertainya.

PKR akan menghadapi kesukaran untuk mengepalai perjuangan dalam arena politik jika rakan-rakannya tidak berdamai.

Pakatan Harapan ditubuhkan tanpa PAS oleh sebab parti itu memutuskan hubungan dengan DAP yang enggan bersetuju dengan perjuangan PAS dalam melaksanakan hukum hudud.

Untuk masa depan, mungkinkan PKR semakin utuh atau memburuk?

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana