PKR main 'safe' sebab tak nak hilang kuasa - Bekas pemimpin PAS

KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Hu Phang Chaw mendakwa PKR mengambil pendekatan selamat dengan bekerjasama dengan PAS serta Parti Amanah Negara (PAN) kerana bimbang kehilangan kuasa pemerintah di Selangor.

Hu yang kini Exco PAN Nasional berkata meskipun bersama DAP-PAN dalam Pakatan Harapan (PH) namun PKR tekad meneruskan kerjasama dengan PAS kerana tidak mahu hilang pengaruh dan kuasa.

"Bagi saya PKR main safe (selamat), maknanya dia takut hilang kuasa di Selangor.

"Di samping itu dia nak sokongan daripada PAN supaya dia boleh menang kerusi di negeri yang lain," katanya dalam pertemuan ringkas bersama Antarapos baru-baru ini.

Beliau menambah PKR sememangnya banyak bergantung kepada PAS sejak di awal penubuhan parti itu terutamanya dalam menarik sokongan di peringkat akar umbi.

"Dulu dia memang bergantung dengan PAS untuk bekerjasama dengan dia khususnya di akar umbi.

"Tapi bila PAN nampaknya mempunyai potensi yang besar dalam perjuangan politik di Malaysia maka PKR membuat keputusan yang bijak di mana dia berkawan dengan kedua-dua belah pihak," katanya.

Justeru bagi memastikan kelangsungan politik jelas Hu, PKR mengambil keputusan bijak yang tidak menimbulkan konflik dalam kalangan komponen PH dan juga PAS.

"Maknanya bila berkawan dengan PAN dia dapat sokongan di negeri yang lain dan bekerjasama dengan PAS dia kekalkan kuasa pemerintah di Selangor.

"Bagi saya ini perkara biasa dalam politik," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana