Pilih PAS atau PAN: PKR tak boleh 'makan dua belah'...

PAS Perak mendesak PKR negeri itu untuk menyatakan pendirian sama ada mahu bekerjasama dalam soal agihan kerusi pada pilihan raya umum akan datang.
Pesuruhjaya PAS negeri, Razman Zakaria berkata, pihaknya sudah mahu memulakan gerak kerja bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) termasuk penubuhan sebuah jawatankuasa khas melalui Lajnah Perpaduan Nasional bagi mengenalpasti calon bukan Islam untuk mewakili parti itu.

Justeru katanya, pendirian rakan kerjasama mereka itu penting untuk diketahui bagi memudahkan gerak kerja.      

"Sekarang PKR bersama dengan PH (Pakatan Harapan). Satu lagi pakatan BN (Barisan Nasional) dan UMNO. PAS sekarang DAP pun tak terima kita dan kita pun tak terima DAP.

"Sebagai parti politik kita kena bersedia untuk pilihan raya dan kita akan teruskan gerak kerja kita, kalau PKR kata dia nak duduk bersama PAN (Parti Amanah Negara) dan masa sama nak kerjasama dengan kita, tak bolehlah nak makan dua belah.

"Jadi PAS nak mulakan kerja sekarang ni dan kita nak tentukan (pendirian PKR) sebelum kita nak buat kerja...kita tak mahu saat akhir baru nak datang (mahu bekerjasama)," katanya dalam sidang media di Pejabat PAS negeri.

Razman dalam pada itu tidak menolak kemungkinan PAS bertanding di semua 59 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Perak pada pilihan raya umum akan datang, berdasarkan situasi semasa.

Menurut portal berita itu lagi, difahamkan PAS Perak sudah dua kali menjemput pihak PKR negeri bertemu bagi membincangkan kerjasama namun pertemuan itu tidak menjadi kenyataan.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana