PAS yakin Husam 'tarik handbrake'... tak serang parti lagi....Boleh Percaya Ker Mamat Ni?

Optimistik... entah apa yang dirundingkan tapi PAS Pusat yakin bekas Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa tidak lagi kenyataan terbuka bersabit isu dalaman PAS serta masalah urustadbir kerajaan negeri Kelantan.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, perkara berkenaan dipersetujui Husam dengan jaminan segala aduannya disiasat dan diselesaikan dengan tuntas.

"Beliau sudah bersetuju beliau tidak akan mengeluarkan lagi kenyataan seumpama itu sehingga kes ini diselesaikan secara dalaman.

"Kita juga telah menerima segala dokumen serta bukti daripada beliau dan pertemuan hari ini sangat baik.

"Dokumen tersebut juga akan diteliti dalam masa terdekat," katanya di sidang media di Ibu Pejabat PAS Isnin.

Husam dipanggil oleh PAS Pusat untuk menjelaskan dakwaannya Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mahu mengheret PAS mengadakan kerajaan perpaduan dengan UMNO-Barisan Nasional (BN),

Turut hadir dalam perjumpaan dengan Husam adalah Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana