Misteri pesawat MAS di malam Krismas... terbang bertentangan arah

Pesawat MAS dari Auckland, New Zealand ke Kuala Lumpur terbang ke arah yang berlainan sehingga mengejutkan juruterbang semasa hari Krismas baru-baru ini.
Akhbar New Zealand Herald melaporkan pesawat tersebut sepatutnya terbang ke laluan utara sebaliknya terbang mengikut laluan selatan.

Bagaimanapun juruterbang penerbangan MH132 menyedari sesuatu yang tidak kena dengan arah pesawat selepas lapan minit pesawat berlepas dari landasan dan segera menghubungi pengawal trafik udara Auckland Oceanic.

Pemeriksaan mendapati laluan ke selatan itu telah dilog oleh sistem pesawat dengan Airways - iaitu pengurus trafik udara untuk penerbangan di New Zealand dan Pasifik Selatan - dan kemudiannya dihantar kepada penerbangan MAS.

Airways berkata ia sedang bekerjasama dengan MAS untuk menentukan bagaimana laluan penerbangan yang luar biasa telah dipilih (oleh sistem).

"Pasukan keselamatan dalaman kami akan menyiasatnya," kata seorang wakil Airways dipetik NZ Herald.

Peter Clark, ketua pengawal selia penerbangan New Zealand, memuji juruterbang MAS itu kerana mengesan kesilapan dengan cepat dan menyelesaikan masalah ini, walaupun beliau menambah ada kalanya beberapa penerbangan utara telah (diarahkan sistem) dihalakan selatan untuk mengelakkan angin.

Bagaimanapun cuaca tidak menjadi faktor dalam kes ini, kata Clark kini tanggungjawab MAS untuk menentukan kesilapan yang membawa kepada pesawat tersebut terbang ke arah yang bertentangan..

"Juruterbang telah melakukan kerja yang sangat baik dengan menyedarinya, bertanyakannya dan tidak hanya membuta tuli terbang dan berakhir di Lautan Selatan," katanya lagi dalam laporan itu NZ Herald.

Sehingga kini MAS masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan dan tidak bertindak balas kepada permintaan NZ Herald untuk mendapatkan komen.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana