Kapal baru cari MH370 di kawasan paling dalam...

Sebuah lagi kapal Fugro, Havilla Harmony yang dilengkapi dengan kenderaan dasar laut (AUV) Echo Surveyor VII dijangka menyertai operasi mencari pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang hilang di Lautan Hindi, pada Mac tahun lalu.
Menurut portal berita Marine Technology, Havilla Harmony mempunyai keupayaan tinggi untuk operasi pencarian di laut selain stabil dalam apa jua keadaan cuaca.

Sebelum ini, Echo Surveyor pernah digunakan pada awal tahun untuk misi pencarian, namun apabila keadaan laut semakin merosot, penggunaan AUV telah ditarik balik.

Kali ini, AUV akan digunakan kembali untuk mengimbas bahagian paling sukar dalam kawasan pencarian yang sangat dalam.

Kapal tersebut mempunyai resolusi yang sangat tinggi dan mampu beroperasi sehingga 4,500 meter kedalaman air selain dilengkapi dengan peralatan sonar serta kamera dalam air.

Selepas uji kaji di luar pantai Fremantle, Havilla Harmony bersama 40 krunya akan ke kawasan carian pada 3 Disember ini.

Pesawat Boeing 777-200ER yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal berlepas dari Kuala Lumpur pada 12.41 tengah malam pada 8 Mac tahun lalu dan hilang daripada radar kira-kira sejam kemudian ketika merentasi Laut China Selatan.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana