Jawapan Seorang Doktor Tentang Salah Tanggap Pesakit “Dibogelkan” Ketika Pembedahan

Nota Editor: Artikel ini telah ditulis oleh Dr Abdul Rahman Abdul Kadir untuk menjawab persoalan masyarakat kenapa pesakit perlu "dibogelkan" untuk pembedahan patah kaki. Semoga penulisan ini merungkai segala persoalan dan salah tanggap masyarakat terhadap profesion kedoktoran yang mulia ini.
Semalam saya telah membuat satu posting bagi memperjelaskan tentang isu sensiviti gender dan aurat pesakit yang kononnya terabai dan tidak terjaga di hospital.

Alhamdulillah ia menerima respon positif dan semakin ramai memahami realiti sebenar dan skop kerja penjawat awam di sektor kesihatan khususnya para doktor, jururawat dan juga MA.

Namun komentar seorang wanita ini telah menarik perhatian saya (rujuk gambar). Ia agak lucu sebenarnya kerana menunjukkan betapa masyarakat awam begitu memandang serong dan bersangka buruk kepada prosedur perawatan yang diberikan kepada pesakit. Saya kira cerita-cerita seperti inilah yang akan melompat dari mulut ke mulut sebagai cerita-cerita seram rakyat dan mitos atau dalam bahasa Inggerisnya disebut 'Urban Legend'.

Beliau mempertikaikan jawapan balas daripada jururawat bahawa waris pesakit adalah orang yang paling elok menguruskan pampers, memandikan, mencuci najis dan kencing pesakit mengikut hukum Islam memandangkan masyarakat begitu keras mengkritik warga KKM sebagai tidak sensitif terhadap isu aurat dan tidak sensitif gender kononnya.
Beliau (pengkomen) berkata bahawa ada ketikanya sungguhpun waris menguruskan perkara tersebut, terdapat waktu dan ketika pesakit berada luar daripada kawalan dan pemantauan waris contohnya ketika pembedahan.

Ringkasnya, beliau membangkitkan 4 perkara ini di dalam komennya:

Pesakit memakai pampers kerana tidak boleh berjalan ke tandas kerana patah kaki.

Pesakit perlu menjalani operation kaki memasukkan besi.

Di dewan bedah pembantu/jururawat telah diarahkan oleh doktor untuk membuka pampers pesakit atas alasan 'menggangu tugas doktor'.

Beliau menimbulkan pertanyaan, kenapakah alat sulit didedahkan sedangkan bahagian yang akan dibedah adalah kaki.

Pertamanya, harus kita sedar bahawa pembedahan yang hendak dilakukan adalah pada bahagian anggota kaki pesakit. Daripada tindakan waris yang memakaikan pampers kepada pesakit jelas menunjukkan bahawa ia adalah kepatahan yang serius. Ini ditambah pula dengan pembedahan memasukkan besi yang perlu dilakukan di dewan bedah. Ia memberi maksud bahawa tulang yang terlibat adalah tulang besar (long bones) seperti femur atau tibia.

Baca lagi Seterusnya

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana