Isu halang peluncur Israel: TPM bidas DAP, sokong keputusan KJ

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi membidas DAP yang mengutuk tindakan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin menghalang dua atlet Israel menyertai sebuah pertandingan sukan luncur air di Langkawi.
Katanya dakwaan DAP tidak berasas, tidak peka kepada dasar negara dan tidak mengambilkira sensitiviti kebanyakan rakyat Malaysia.

"Kita mempunyai dasar yang jelas dari segi hubungan diplomatik dengan Israel. Langkah yang dibuat oleh DAP adalah sesuatu yang di luar dari dasar kita," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di Pusat Dagangan Putrajaya, Kuala Lumpur pada Isnin.

Pada sidang media itu Zahid diminta mengulas kenyataan Ketua Biro Ekonomi DAP Perak, Chong Zhemin yang membidas keputusan Khairy bagi pihak kerajaan pusat.

Menurut Zahid, dia juga yakin parti-parti yang bersekongkol dengan DAP juga tidak bersetuju dengan pendirian DAP.

"Saya tak perlu sebutkan parti mana tetapi saya fikir DAP jangan melihat dari aspek dan elemen mereka sahaja. Mereka harus melihat dari segi sensitiviti rakyat di negara ini," katanya.

Dalam pada itu, rakyat Malaysia diingatkan jangan terjebak dengan laporan berita yang tidak sahih dari luar negara, sebaliknya menaruh kepercayaan kepada agensi dalam negara.

Zahid sebaliknya meminta semua pihak menunggu laporan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) telah melakukan penelitian terhadap butiran berkenaan.

"Pihak berkuasa sedang melakukan penyiasatan, maka kita tidak harus terjebak dengan maklumat-maklumat yang diberikan oleh media berkenaan.

"Kita jangan menghukum berdasarkan kepada maklumat-maklumat yang datang dari sumber-sumber yang tidak disahkan," katanya mengulas fitnah terkini media asing The Wall Street Journal (WSJ) kononnya sejumlah wang USD850 billion hilang kerana diguna untuk menubuhkan sebuah syarikat lain.

"Elok kita serahkan perkara ini kepada badan penyiasat di Malaysia supaya duduk perkara sebenarnya dapat diketahui.

"Saya yakin apa yang dilakukan oleh pihak berkuasa harus diberikan taraf kewibawaan yang tinggi untuk kita meletakkan kebolehpercayaan kepada agensi-agensi yang berkenaan.

"Jangan bergantung kepada maklumat yang datangnya dari sumber luaran yang tidak dapat disahkan kesahihannya," tambahnya.

Zahid berkata demikian pada sidang media selepas mengadakan pertemuan dengan Yayasan Damai Sejahtera Malaysia (YDSM) dan wakil-wakil 50 Badan Bukan Kerajaan (NGO) di Kuala Lumpur, Isnin.

Dalam pertemuan itu YDSM telah mengemukakam enam resolusi untuk menangani kos sara hidup.

Zahid berkata dia akan mewujudkan jawatankuasa khas yang akan dipengerusikannya sendiri awal Januari ini. Katanya di peringkat awal, enam menteri yang terlibat mengenai mendepani kos sara hidup ini akan dilibatkan dalam jawatankuasa berkenaan.

"Saya juga adalah pengerusi jawatankuasa kabinet mengenai kos sara hidup. Apa yang telah dibawa oleh YDSM akan dibawa ke jawatankuasa selanjutnya sebelum dibawa ke peringkat jemaah menteri.

Zahid menjelaskan, rakyat khususnya pemimpin-pemimpin NGO mesti memahami  tanggungjawab kolektif di mana mereka tidak seharusnya menuding jari sebaliknya mencari jalan cara holistik untuk menangani isu kos sara hidup.

Mengenai permintaan YDSM supaya separuh dari peruntukan untuk NGO yang diumumkan dalam Bajet 2016 diberi kepada 50 NGO di bawah mereka, Zahid berkata ia sukar dipenuhi.

Ini kerana RM160 billion peruntukan itu adalah untuk disalurkan kepada beribu-ribu NGO yang menjalankan aktiviti mengikut kriteria tertentu. Ia akan diagihkan mengikut aktiviti yang dijalankan.

"Kerajaan tidak dapat memenuhi permintaan supaya 50 peratus peruntukan itu disalurkan melalui YDSM sahaja. Kita akan bincang dengan Kementerian Kewangan dan Unit Perancangan Ekonomi bagaimana kaedah yang sedia ada boleh diubah supaya ada keberkesanan kos pada sumbangan yang diberikan kerajaan," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana