Bila 'ular berkepala naga' Dap cakap berbelilt belit....

DAP Perak berpendirian tegas menolak keganasan dan penindasan rejim Zionis terhadap rakyat Palestin.

Pengerusinya, Nga Kor Ming berkata, kenyataan dikeluarkan oleh seorang daripada pemimpin parti itu kelmarin sudah ditarik balik dan ia tidak mewakili DAP Perak.

Menurutnya, pihaknya berpendapat Kementerian Belia dan Sukan harus berusaha mencari penyelesaian terbaik dalam isu melibatkan kejohanan luncur angin yang berlangsung di Langkawi itu.

“Dengan mengekalkan semangat kesukanan yang merentasi batas politik dan agama, namun pada masa sama turut mengekalkan bantahan dan pendirian tegas terhadap Israel, kami yakin pihak kementerian boleh mencari jalan tengah untuk menyelesaikan permasalahan sedia ada.

“DAP Perak yakin dan percaya, kompromi profesional untuk dua orang ahli sukan profesional tidak akan mengubah barang sedikit pun prinsip dan pendirian tegas kita semua dalam isu Palestin-Israel,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Dalam pada itu, Pemuda Sosialis DAP (Dapsy) Perak tampil mengemukakan pendirian bahawa organisasi itu tidak sesekali akan menyokong Zionis Israel.

Ketuanya, Howard Lee Chuan How berkata, kenyataan dikeluarkan Chong Zhemin yang juga Setiausaha Dapsy Perak dan Ketua Biro Pembangunan DAP Perak itu tidak mencerminkan pendirian organisasi parti.

Menurutnya, kenyataan itu tidak pernah dibincangkan dan dipersetujui mana-mana peringkat Dapsy khususnya di Perak sebaliknya ia merupakan pendirian peribadi Zhemin.

“Saya secara tegas menyatakan bahawa isi kandungannya (kenyataan) tidak mencerminkan pendirian Dapsy Perak, mahupun Dapsy mana-mana peringkat.

“Pendirian rasmi Dapsy Perak adalah selaras dan konsisten dengan DAP. Kami bantah dan mengecam segala keganasan dilakukan oleh pemerintah Israel terhadap Palestin,” katanya.

Howard berkata, pihaknya akan terus menghulurkan tangan solidariti kepada rakyat di Palestin selain bekerjasama dengan rakan-rakan Dapsy yang ada di negara terbabit.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana