#2kerja:"Saya Maksudkan Kerja Harian dan Perniagaan Dalam Talian" - Ahmad Maslan

PETALING JAYA: Dalam mempertahankan cadangan beliau bahawa rakyat Malaysia harus melakukan tiga kerja bagi menampung kos sara hidup yang semakin meningkat, Datuk Ahmad Maslan berkata apa yang dimaksudkannya itu adalah dari segi konteks perniagaan dalam talian selain kerja sedia ada.

Beliau berkata dirinya turut mempunyai tiga tugas dalam satu masa iaitu sebagai Ahli Parlimen, Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa & Industri dan Ketua Penerangan Umno.

"Saya ada 3 kerja: Ahli Parlimen, Timbalan Menteri, Ketua Penerangan Umno. Ramai dah di Malaysia buat #2kerja. Berusaha gigih cari rezeki yang halal.

"Jika kerja sedia ada waktu siang, boleh business online waktu malam dan hujung minggu asal tak jejas prestasi, boleh tambah pendapatan," tulisnya di Twitter pada Selasa menggunakan hashtag #2kerja.

Terdahulu, Ahmad dalam satu majlis usahawan Johor pada Sabtu lalu berkata bukan sesuatu yang luar biasa bagi mereka yang tinggal di kawasan luar bandar mempunyai lebih satu pekerjaan.

Ahmad yang juga Ahli Parlimen Pontian turut menegaskan "ada diantara mereka yang menoreh getah di waktu pagi dan bercucuk tanam di sebelah petang, manakala memotong rumput pada waktu pagi dan membina rumah di petang hari.

Beliau bagaimanapun menjelaskan mengenai satu laporan dalam Astro Awani dengan tajuk yang mencadangkan kerajaan menggalakkan orang ramai melakukan dua pekerjaan.

"Saya menyebut bahawa kementerian menggalakkan perniagaan dalam talian untuk meningkatkan pendapatan dan ia trend semasa dalam perdagangan. Tajuk berita Astro Awani tidak tepat.

"#2kerja ada peraturan yang perlu diikuti untuk mereka yang kerja tetap, maka patuhilah. Untuk yang kerja sendiri, tak ada isu.

"#2kerja YB Lim Guan Eng Adun/MP/CM. YB DS Wan Azizah Adun/MP/Ketua Pembangkang. 3 kerja. Saya cadang kerja yang ada + business online. Marah?," tulisnya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana