Ulas pemecatan Hamidah... Zambry sokong keputusan MT...Sendiri Cari PEnyakit Padan Mukanya

Pengkritik UMNO mula menjadikan isu pemecatan Ketua Wanita UMNO Bahagian Gopeng Datuk Hamidah Osman dari parti berkuatkuasa semalam (Selasa) sebagai modal baru.
Lebih teruk dikritik ialah Presiden UMNO Dato Seri Najib Tun Razak. Perdana Menteri dikait sebagai ada agenda peribadi memecat bekas EXCO kerajaan negeri Perak itu.

Lebih ketara Hamidah dilihat membawa Tun Mahathir ke Perak sebagai satu sebab dipecat. Tapi mengikut sumber dalaman, ia tidak berkait tetapi lebih mengenai disiplin.

Boleh dikatakan sejak menjadi EXCO kerajaan pada 2009, beliau dilihat calon kontroversi. Konon beliau memainkan peranan penting dalam mengembalikan BN berkuasa semula selepas parti itu tewas dalam PRU pada 2008.

Seperti diduga  penyokong tegar Hamidah melalui beberapa buah blog yang sangat sayangkan mantan Perdana Menteri mula mengkritik keputusan MT UMNO. Kedua-dua blog dan kelab ini mempertikai pemecatan itu.

Mereka menyiarkan surat tunjuk sebab yang diberikan kepada Hamidah sebelum proses disiplin dan pemecatan diumumkan.

Persoalannya ialah siapa yang memberikan surat itu kepada mereka sedangkan bagi Ibu Pejabat UMNO, surat itu surat kepada Hamidah bukan untuk siaran mana-mana pihak.

Ketika mengulas pemecatannya Hamidah enggan memberikan komen lanjut sebaliknya akan membuat sidang media (PC) di Kuala Lumpur pada hari Jumaat.

Katanya tunggu hari Jumaat. Beliaupun mengetahui dipecat dari parti melalui siaran berita tv.

Sedang kontroversi pemecatan Hamidah mulai diulas UMNO negeri Perak tampil dengan kenyataan ringkas.

Pengerusinya Dato Seri Dr.Zambry Abd. Kadir mempertahankan keputusan Majlis Tertinggi kerana pemecatan itu dibuat berasaskan “atas laporan pelanggaran disiplin parti.”

Katanya kepada media hari ini selepas mesyuarat EXCO di pejabatnya, keputusan itu juga merupakan  keputusan dibuat Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO manakala pihaknya telah dimaklumkan mengenai keputusan itu.

Pemecatan Hamidah katanya dibuat berdasarkan laporan yang dihantar UMNO Bahagian Gopeng kepada Ibu Pejabat UMNO Malaysia.

"Sepertimana yang telahpun dibuat oleh Setiausaha Perhubungan UMNO negeri semalam, ini merupakan keputusan Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO dan kita hanya dimaklumkan tentang keputusan itu,’’ katanya sambil menambah, jawatan Ketua Wanita UMNO bahagian itui kini akan dipangku naibnya.

Kenyataan ringkas Dr.Zambry dibuat susulan kenyataan Setiausaha Perhubungan UMNO Perak Datuk Sharaani Mohamed yang tidak terkejut dengan keputusan MT itu.

Menurut Bernama, ADUN Kota Tampan itu berkata tindakan parti terhadap Hamidah “bukanlah sesuatu yang mengejutkan”.

Katanya keputusan itu dibuat kerana tertuduh melakukan pelanggaran disiplin parti yang mana tuduhan itu berasaskan aduan UMNO Bahagian Gopeng kepada Lembaga Disiplin parti.

"Sudah tentu MT (Majlis Tertinggi UMNO) memperakukan syor Lembaga Disiplin berasaskan bukti-bukti yang kukuh. Setahu saya Lembaga Disiplin tidak membuat keputusan berasaskan 'dengar cakap' semata-mata. Biasanya tertuduh dipanggil untuk membela diri," katanya.

Dalam isu sama, Ketua Penerangan UMNO negeri Khusairi Abd Talib berpendapat keputusan pemecatan itu “adalah tepat”.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana