Tindakan Charles Morais meragukan – Richard

Datuk Richard Morais mempersoalkan kredibiliti abangnya, Charles Suresh yang membuat pengakuan bersumpah mendakwa mempunyai maklumat penting berkaitan personaliti berkuasa di negara ini yang diperoleh dalam ‘pen drive’ yang dikirim oleh mendiang, Anthony Kevin ke Amerika Syarikat.
Anak bongsu daripada empat beradik itu mendakwa, beliau ragu dengan pengakuan yang dibuat Charles Suresh, 52.

Richard, 49, turut mempersoalkan tindakan Charles Suresh yang tiba-tiba tampil dengan maklumat berkenaan seolah-olah dia begitu rapat dengan Kevin sehingga Timbalan Ketua Bahagian Bicara dan Rayuan dari Jabatan Peguam Negara itu mengirim maklumat tersebut.

“Tidakkah pelik jika Kevin menghantar maklumat penting itu kepadanya (Charles Suresh) sedangkan namanya tidak tersenarai dalam wasiat Kevin malah, dia juga tidak membayar satu sen pun kos pengebumian mendiang sebaliknya ditanggung sepenuhnya oleh saya.

“Kevin juga seorang yang tegas dan tidak berkongsi maklumat terutama mengenai kerjanya termasuk kepada ahli keluarga. Saya ragu bagaimana mendiang boleh kirim maklumat itu,” katanya.

Richard kini berada di Perak bagi mewakili abangnya, Kevin, 55 untuk menerima darjah kebesaran dari Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar, Jumaat.

Sehubungan itu, ahli perniagaan itu menggesa Charles Suresh segera mengemukakan bukti yang didakwa diperolehnya itu dan bukan hanya sekadar bercakap kosong.

Beliau turut meminta pihak polis melakukan siasatan terhadap dakwaan itu.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana