Tandatanya mengenai Dr Mahathir menjelang Perhimpunan Agung UMNO…

Mungkin ada yang sudah lupa.Satu sejarah pernah tercipta pada Ogos 2006.

Sewaktu Tun Dr Mahathir Mohamad menentang kepimpinan Tun Abdullah Badawi sebagai Perdana Menteri beliau telah bertanding merebut salah satu dari tujuh perwakilan UMNO Bahagian Kubang Pasu untuk menyertai Perhimpunan Agung UMNO atas kapisiti sebagai seorang perwakilan.

Insiden seperti ini memang tidak pernah berlaku dalam sejarah politik negara.

Apa lagi bekas Perdana Menteri itu tewas di lubuk politik beliau sendiri di Kubang Pasu dalam pemilihan yang diadakan di Dewan Wawasan Jitra.

Dr Mahathir mendapat 227 undi menduduki tempat kesembilan.Hanya tujuh calon yang mendapat undi terbanyak layak mewakili bahagian ke Perhimpunan Agung UMNO.

Datuk Mukhriz Mahathir yang turut bertanding mendapat 298 undi yakni tangga kelima dan layak.

Ketika itu antara yang terbuka menentang cubaan Dr Mahathir untuk jadi perwakilan bahagian ialah Ketua UMNO Bahagian yang juga bekas Setiausaha Politik beliau,Datuk Johari Baharom yang kini Timbalan Menteri Pertahanan.

Juga dua lagi bekas orang kanan Dr Mahathir,bekas Menteri Besar Kedah Tan Sri Osman Aroff dan bekas Setiausaha Politik Allahyarham Datuk Saad Man.

Apapun itu cerita lama yang menarik dalam lipatan sejarah.

Dr Mahathir tidak mengulangi cubaan untuk jadi perwakilan bahagian itu ketika menentang kepimpinan Datuk Seri Najib sekarang.

Sewaktu zaman mesra dengan Najib,Dr Mahathir bukan saja ada menghadiri perasmian perhimpunan itu malah mengikuti perbahasan sebagai pemerhati.

Terbaru kini yang menjadi tandatanya ramai ialah apakah Dr Mahathir akan hadir atau tidak pada perasmian Perhimpunan Agung UMNO kali ini pada 10 Disember.

Sudah menjadi amalan bekas Perdana Menteri dan Presiden UMNO Dr Mahathir dan juga Tun Abdullah Badawi diundang ke majlis penting itu.

Timbalan Perdana Menteri yang juga Naib Presiden UMNIO,Datuk Seri Zahid Hamidi dipetik dalam interbiu dengan akhbar The Star beliau berharap Dr Mahathir akan menghadiri majlis itu kerana ahli parti masih menghormati beliau sebagai bekas presiden.
"Saya amat yakin surat jemputan akan keluar tidak lama lagi tetapi sama ada beliau menerimanya atau tidak, terpulang kepada beliau untuk memutuskannya.

"Majoriti ahli UMNO masih menghargai beliau tetapi ada garis antara menghormati dan menerima pendapatnya. Ia dua perkara berbeza," kata Zahid.

Zahid juga memberitahu beliau mengadakan kunjungan hormat kepada Dr Mahathir 3 bulan lalu, selepas menggantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Menurutnya ia adalah kunjungan hormat bagi menunjukkan rasa hormatnya dan mendapatkan panduan serta nasihat.

Sebelum adakan kunjungan hormat itu beliau telah menelefon Dr Mahathir dua kali mengenai perkara lain.

"Beliau amat jujur dan saya mahu menghormati perbezaan pendapat. Saya rasa beliau menghargai lawatan saya," kata Zahid.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana