SISI DIMENSI DI SEBALIK SERAGAM : KPL RITA GANI PENGADIL BOLA SEPAK WANITA TERBAIK ASIA

Bola sepak merupakan sukan yang paling diminati di seluruh dunia. Dalam erti kata lain sukan bola sepak menjadi fenomena dan merupakan permainan yang memerlukan kerjasama berpasukan. Setiap perlawanan yang berlangsung pula akan diadili oleh pengadil perlawanan dan tugas pengadil amat berat kerana jika tersilap membuat penilaian akan menjejaskan keseluruhan permainan dan merubah keputusan perlawanan.

Sisi Dimensi Di Sebalik Seragam pada minggu ini akan menyingkap kisah seorang 'iron lady' di dalam pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) iaitu Koperal Rita Binti Gani yang telah membawa nama Malaysia khasnya dan PDRM khususnya di peringkat antarabangsa di dalam arena Sukan Bola Sepak sebagai pengadil wanita yang disegani dan dikenali di mata dunia.

Koperal Rita melakar sejarah baru dalam arena bola sepak negara apabila memenangi Anugerah Pengadil Wanita Terbaik Asia pada tahun 2014. Beliau menerima pengiktirafan besar itu sempena Majlis Anugerah Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) di Filipina, pada tahun 2014. Pengadil antarabangsa berusia 38 tahun itu berjaya menewaskan saingan daripada negara Jepun iaitu Sachiko Yamagishi yang juga merupakan penerima anugerah tahun 2013.

Koperal Rita merupakan anak kelahiran Negeri Di Bawah Bayu yang berketurunan Bugis. Beliau dilahirkan pada 11 Mei 1977 di Kota Kinabalu. Pemegang Diploma Sains sukan dari lulusan Universiti Teknologi Mara ini telah berkhidmat selama 16 tahun bersama PDRM. Wanita berbintang Taurus yang mesra dengan panggilan Rita ini, kini bertugas di Unit Tindak Khas (UTK) sebagai pengiring rapat.

Masyarakat sedia maklum untuk memasuki unit elit PDRM ini memerlukan ketahanan mental dan fizikal yang tinggi dan sudah pasti ianya sesuatu yang membanggakan apabila beliau berjaya menepis tanggapan negatif sestengah masyarakat yang memandang rendah kebolehan kaum wanita. Stigma negatif ini berjaya disangkal apabila beliau meraih kejayaan dalam dua bidang yang didominasi oleh kaum lelaki. Kejayaan ini sekaligus mengangkat martabat kaum wanita di mata dunia.

Sepanjang 16 tahun perkhidmatan beliau di dalam PDRM antara pengalaman manis yang tidak dapat dilupakan ialah apabila beliau dinobatkan sebagai pelatih terbaik keseluruhan siri 1/1999 dan kemudian beliau telah berjaya menyertai pasukan elit PDRM iaitu UTK yang sememangnya menjadi cita -cita dan pilihan beliau.

Sebelum menyertai UTK beliau telah berkhidmat sebagai anggota tugas am di Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya. Dalam pada tempoh itu, beliau telah menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) sebanyak dua kali iaitu pada tahun 2006 dan 2014, di atas komitmen yang ditunjukkan.

Persepsi cabaran dari sudut pandangan beliau dalam melaksanakan tugas sebagai anggota polis ialah terdedah kepada risiko yang tinggi dalam menghadapi sebarang ancaman. Bukan sahaja ancaman luaran yang berbentuk fizikal tetapi cabaran dalam menepis persepsi masyarakat terhadap PDRM.

Bercerita mengenai kehidupan peribadinya, Koperal Rita berkata beliau begitu bersyukur kerana mempunyai suami yang amat memahami dan sentiasa menyokong kerjaya yang diceburinya. Walaupun terikat dengan jadual yang padat dan masa yang singkat untuk bersama keluarga tetapi itu bukan penghalang kepada beliau untuk melakukan hobinya iaitu bersukan dan melancong.

Koperal Rita menjadikan mantan Ketua Polis Negara iaitu Tan Sri Musa Hassan, sebagai idolanya. Beliau berpendapat mantan Ketua Polis Negara itu merupakan seorang yang tegas dan berintegriti. Beliau turut mengagumi keperibadian idolanya itu dalam melaksanakan tanggungjawab besar menerajui kepimpinan PDRM.

Perancangan beliau di masa hadapan adalah untuk melanjutkan pelajaran di dalam bidang sains sukan dan seterusnya menyumbang kepada pembangunan sukan di dalam pasukan. PDRM tidak pernah lekang dari menghasilkan atlet-atlet berkualiti kepada negara. Beliau juga berharap akan lebih ramai atlet PDRM yang mampu membuat penampilan di peringkat antarabangsa.

Beliau amat bersyukur dan berbangga kerana memilih PDRM sebagai kerjayanya. Kerjaya di dalam bidang kepolisan ini telah banyak membentuk keperibadiannya menjadi seorang yang berdisiplin dan tegas sehingga membantunya mencapai ke tahap sekarang.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana