Siapa Yang Tak Kenal Dia.....Mia Sara pergi umrah dengan keluarga

Pelakon cilik Mia Sara Nasuha bersyukur permohonan visa menunaikan umrah bersama ayahnya Muhammad Ridhuan, sekaligus menjejak kaki di bumi Mekah buat pertama kali.
Mia Sara, 10, berkata hasratnya menunaikan umrah pada cuti sekolah kali ini, menjadi detik sangat bermakna kepadanya.

Dan pada masa yang sama, lakonan terbarunya dalam telefilem  Strawberi & Karipap:  Hello Gold Coast, disiarkan dalam Astro First Eksklusif, Saluran 480, hujung November, mengubat rindu peminat kepada pelakon cilik ini.

"Perancangan cuti sekolah ini, Mia dan keluarga akan ke Tanah Suci Mekah untuk menunaikan umrah. InsyaAllah, doakan yang terbaik untuk Mia.

“Mia harap semuanya selamat pergi dan balik. Tolong sama-sama berdoakan Mia ya,” katanya.

Dalam pada itu, pemenang Pelakon Kanak-Kanak Terbaik FFM 24 dan penerima anugerah Best Kid Actress di TV3, iaitu  Kids Awards ini berkata kesyukuran  teramat sangat kerana muzik video dari single lagu pertama nyanyiannya, berjudul Kicik-Kicik  berkolaborasi dengan Cat Farish dan TSWG (Tiga Swagger) meraih tontonan lebih 150,000 kali di YouTube.

Tambah Mia Sara lagi, merakam lagu Kicik-Kicik yang dilancarkan pada 30 September,  menjadi memang minatnya sebagai penyanyi selain berlakon.

"Mia bukan ikut trend pelakon jadi penyanyi, tapi memang Mia suka menyanyi,” kata hos bersama Jihan Muse menerusi program Ceria All Stars.

Dalam perkembangan lain, Mia berkata pengalaman berada di Gold Coast Adventures, Australia bagi penggambaran drama Strawberri & Karipap,
menjadi kenangan manis buatnya.

Rezeki sebagai duta Dutch Lady dan produk Jus Caliph, disifatkan pemilihan yang mengejutkan selain dakwaan mengatakan dia berpengaruh terhadap golongan kanak-kanak.

Menurut pengasas jus minda Jus Caliph, Nadia Felinna, pemilihan Mia  Sara kerana pengaruhnya terhadap golongan kanak-kanak selain seorang yang matang dan bijak.

“Saya sangat bersyukur atas rezekiNya. Bukan senang untuk menjadi duta pada usia muda seperti ini, ” kata Mia Sara.

Mia Sara yang juga sebelum ini pernah muncul dalam iklan TV seperti produk susu kanak-kanak, Astro Beyond, pelembut pakaian Softlan, Bank Islam dan syarikat telekomunikasi seperti Celcom, TM dan sebagainya.

Selain Mia Sara, seorang lagi pelakon cilik, Puteri Balqis, kian menjadi saingan dan buruan produser filem dan drama TV kini.

Nama Puteri Balqis melonjak apabila dinobatkan sebagai Pelakon Wanita Terbaik di majlis Anugerah Skrin 2014, kabarnya ini memenuhi cuti sekolah di set penggambaran drama TV dan filem.

Berkongsi pengalaman berperanan sebagai pengacara, Mia Sara mengakui bertuah kerana dia digandingkan bersama pengacara diminatinya itu.

“Saya rasa teruja sangat dapat mengacara bersama Jihan kerana saya memang meminati dan mengikuti perkembangannya.

“Mengacara dengan Jihan beri pengalaman baharu kepada saya dan saya tiada masalah bekerja dengannya tambahan pula dia kelakar, jadi kami lakukannya dengan lebih spontan,” kata anak ketiga dari empat beradik ini.

Antara drama dan telemovie lakonan Mia Sara ialah Adamaya, Epilog Syurga Cinta, Tiramisu, Zoo The Series, Begitukah Cinta, Pengorbanan Terakhir selain filem Nur Kasih The Movie, Sekali Lagi dan Papa I Love You dan Lagenda Budak Setan 3: Kasyah.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana