Semuanya Nak Salahkan UMNO...Habis PKR Sempurna Sangat Kah?

 Khabarnya siang tadi Azmin angkut sampai 50 orang ke IPD Dang Wangi. Yang 50 orang ‘escort’ Azmin itu mungkinlah termasuk wartawan portal pembangkang yang turun ‘cover’ Menteri Besar Selangor dan keluarganya. Biasalah…

Mulanya penulis fikirkan bahawa yang datang ke IPD Dang Wangi untuk beri keterangan itu ialah Azmin sendiri. Tapi jangkaan penulis meleset. Rupa-rupanya Azmin datang sebagai teman saja. Dia teman isterinya, Shamsidar Tahrin, dan anaknya untuk beri keterangan ada pihak polis.

Apa yang menjengkelkan penulis ialah tentang sikap Azmin. Sudahlah dia datang sebagai peneman saja, tapi dia pula yang lebih-lebih. Siap tuduh-tuduh UMNO pula yang kononnya terdesak sampai suruh anak isterinya beri keterangan pada pihak polis.

Tolonglah. Sikit-sikit UMNO, sikit-sikit UMNO. Tiada alasan lainkah? Shamsidar dan anak dia yang pergi ke himpunan haram tanpa permit, tapi UMNO pula yang dipersalahkan? Terdesak sangatlah konon?

Bukan Azmin tidak tahu, memang ada pihak polis hantar pegawai-pegawainya untuk turun sebagai ‘under cover’ memantau himpunan haram Bersih itu, kan? Biasalah. Jika himpunan yang aman pun polis pantau, inikan pula himpunan haram seperti itu. Mungkin ketika pegawai polis itu bertugas dia ternampak anak isteri Azmin terlibat sama, maka sudah tentulah dia masukkan dalam siasatan kes.

Dan mungkin juga ada ‘musuh dalam selimut’ Azmin sendiri yang buat laporan pada pihak polis tentang penglibatan Shamsidar dan anaknya dalam perhimpunan itu. Mungkin geram dengan Azmin, dia sengaja buat laporan polis supaya disiasat. Itu juga mungkin, bukan?

Pokok pangkalnya, jika tidak mahu anak isteri disiasat polis, simpan mereka baik-baik di rumah. Jangan benarkan mereka sertai himpunan haram. Kalau apa-apa jadi siapa susah? Pada polis juga Azmin hendak mengadu nanti, bukan? Simpanlah elok-elok…

Cuba tengok Pak Ya Kapak di Kampung Jawa seberang sinun. Ada anak isterinya disiasat atau diminta beri keterangan kepada pihak polis? Elok saja mereka duduk di rumah tengok ceramah ‘Cari Jodoh’ Datuk Ustaz Kazim Elias. Pak Ya Kapak pun tidak perlu buat rombongan bawa orang kampung ke IPD Dang Wangi, kan?

Peguam anak isteri Azmin, Latheefa Koya berkata, berdasarkan Konvensyen Hak Kanak-kanak membenarkan kanak-kanak berhimpun di Perhimpunan Aman. Benar. Penulis setuju dengan kenyataan Latheefa itu. Memang itu resolusi konvensyen berkenaan.

Tapi kita perlu tahu bahawa resolusi itu merujuk kepada himpunan aman. Bersih pula adalah himpunan tanpa permit atau layak dipanggil himpunan haram. Siri-siri himpunan Bersih sebelum ini pun kita saksikan keganasan berlaku, bukan? Lagi ditangkap, lagi mengganas mereka. Jadi, layakkah ia dikategorikan sebagai himpunan aman?

Sekirnya Latheefa mendakwa memberikan keterangan kepada pihak polis itu sebagai ‘membuang masa’, pada pandangan penulis pula mendapati menyertai himpunan haram adalah lebih membuang masa, buang tenaga dan buang ‘karan’. Tiada faedah langsung…

Tapi peliknya, marah-marah Azmin dan Latheefa itu, gambar-gambar yang disiarkan wartawan portal pro-pembangkang itu menunjukkan mereka tersenyum pula. Tersengih-sengih sampai nampak gigi. Begitukah reaksi wajah yang kesal, marah, geram atau tidak puasa hati?

Pada pandangan penulis, beri keterangan kepada pihak polis itu sebenarnya tidak wajar jadi isu pun. Tidak perlu pun bawa sampai 50 orang. Pergi satu kereta, suruh Latheefa tunggu di IPD Dang Wangi, beri keterangan, balik, habis cerita.

Banyak lagi perkara besar yang Azmin perlu beri tumpuan khususnya isu bekalan air bersih, isu kemelut DAP dan Amanah vs PAS, isu dalaman PKR dan banya lagi isu yang memerlukan perhatiannya. Elok Azmin beri tumpuan pada perkara yang lebih utama, kan?

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana