Pemecatan Hamidah Gusarkan Mahathir?

Semalam kita dikejutkan dengan berita pemecatan Ketua Wanita Umno Gopeng Datuk Hamidah Osman dalam Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO. Kita tahu bahawa beliau telah banyak melakukan perkara-perkara yang melanggar disiplin parti dan pendirian beliau mahu menyingkirkan Perdana Menteri kita Datuk Seri Najib Tun Razak bukan lagi rahsia.

Cuma kita agak keliru memandangkan Mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno memutuskan untuk menumpukan kepada usaha mengukuhkan hala tuju perjuangan parti selain membincangkan langkah-langkah bagi mengukuhkan parti, dan bukannya mengenai pemecatan 7 pemimpin utama parti yang dikaitkan dengan masalah disiplin.

Mungkinkah Hamidah telah membuat gerakan rahsia yang boleh mengancam keselamatan parti dan negara sehingga memaksa pihak Majlis Tertinggi UMNO bertindak sedemikian. Kita tahu bahawa MT UMNO merupakan pihak yang tidak akan membuat keputusan melulu dan tanpa sebab.

Tambahan pula mesyuarat MT yang berlangsung kira-kira sejam setengah itu banyak membincangkan mengenai persediaan parti mengadakan Perhimpunan Agung Umno di Kuala Lumpur pada 8 hingga 12 Disember depan.

Pengumuman Mesyuarat Majlis Tertinggi memecat Ketua Wanita Umno Gopeng Datuk Hamidah Osman dipecat daripada parti itu dibuat oleh Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak selepas mesyuarat Majlis Tertinggi di bangunan sementara Parlimen.

Demi memastikan perjalanan parti dalam semua aspek berjalan dengan lancar, kukuh dan terus mendapat keyakinan rakyat, semua golongan yakin Umno parti yang berdiri dalam keadilan dan prinsip serta amalan yang baik dalam parti maka keputusan telah dibuat untuk memecat Ketua Wanita Umno Gopeng Datuk Hamidah Osman kerana pelanggaran disiplin.

Sebelum ini Hamidah dengan lantang dan angkuh mengatakan bahawa beliau tidak gentar dipecat daripada Umno ekoran desakkan beliau agar Perdana Menteri berundur. Walaupun beliau mengatakan yang prinsipnya mendahulukan parti berbanding pemimpin namun kita tahu bahawa sebenarnya beliau mempunyai kepentingan peribadi sebagaimana juga Mahathir.

Hamidah turut menggunakan isu 1MDB sebagai alasan untuk mendesak Datuk Seri Najib berundur sedangkan pihak audit dan beberapa agensi yang lain telah mengesahkan bahawa tidak wujud sebarang penyelewengan dalam urus tadbir 1MDB. Segala berita negatif yang melanda 1MDB dari mula sehingga kini sekadar persepsi ciptaan pembangkang dan Mahathir yang jelas mempunyai kepentingan peribadi.

Selain daripada itu juga, Hamidah dikatakan membawa suara Mahathir ke mana-mana sahaja beliau pergi. Adakah pemecatan Hamidah dari UMNO telah mengurangkan “sengat” Mahathir? Mungkin Mahathir sedang gusar dan resah kini. Tambahan pula beberapa perancangan besar beliau untuk menyingkirkan PM telah gagal.

Adakah Hamidah memainkan peranan utama untuk menghuru-harakan Perhimpunan Agung UMNO kali ini? Jika benar, maka Mahathir mungkin terkena serangan jantung pula kali ini.

Kita semua tahu bahawa Perdana Menteri kita merupakan seorang yang berhemah serta cukup tegas dalam kelembutan beliau mentadbir negara. Faktor-faktor tersebutlah yang membuatkan Mahathir serta pembangkang terjerat dalam kerakusan kuasa mereka sendiri.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana