PCM cabar Guan Eng bertanding dalam pemilihan DAP di Pulau Pinang

GEORGE TOWN: Parti Cinta Malaysia (PCM) hari ini mencabar Lim Guan Eng supaya bertanding dalam pemilihan parti DAP akan datang untuk membuktikan kepemimpinannya diterima di Pulau Pinang.

Naib Presiden PCM Huan Cheng Guan berkata, adalah penting bagi Guan Eng untuk bertanding dan memenangi pemilihan parti tiu untuk menunjukkan beliau popular di kalangan ahli DAP di Pulau Pinang dan membuktikan beliau harimau sebenar DAP.

Huan berkata, Guan Eng perlu membuktikan beliau lebih popular daripada Pengerusi DAP Pulau Pinang, Chow Kon Yeow.

DAP Pulau Pinang akan mengadakan pemilihan parti pada 30 November ini.

Mengapa beliau tidak mahu bertanding dalam pemilihan partinya di Pulau Pinang. Ini bermakna beliau bukan ketua menteri yang diterima, kata Huan dalam sidang media.

Katanya, ada tanda-tanda menunjukkan beliau bukan popular dalam DAP dan Pakatan Harapan seperti yang didakwa.

Katanya, keputusan pemilihan jawatankuasa pusat eksekutif (CEC) DAP pada September 2013 dan kekecohan dicetuskan penyokong Pakatan Harapan terhadap usul pembangkang di sidang DUN Pulau Pinang, Jumaat lalu, menunjukkan popularity Guan Eng di kalangan penyokongnya sendiri sedang merosot.

Sebagai buktinya, Huan berkata pada pemilihan CEC DAP pada Disember 2012, Guan Eng menerima 1,576 undi perwakilan tetapi hanya mendapat 1,304 undi apabila pengundian diadakan semula pada tahun berikutnya, kemerosotan 272 undi.

Pada sidang DUN Pulau Pinang minggu lalu, wakil rakyat DAP dari Tanjung Bungah, Teh Yee Cheu mengundi menyokong usul Barisan Nasional mengenai kontroversi tambakan tanah manakala lima wakil rakyat PKR tidak mengundi.

Kelima-lima mereka adalah Ong Chin Wen, Lee Khai Loon, T Jayabalan, Cheah Kah Peng dan Norlela Ariffin.

Huan berkata, kelima-lima mereka mengundi 'mengikut rasa hati' dan meletakkan kepentingan rakyat di atas kepentingan politik.

''Ini mendedahkan masalah serius dalam DAP dan Pakatan Harapan. Ia menunjukkan rakyat tidak senang hati dengan kepemimpinan Guan Eng.

"Saya memuji keenam-enam wakil rakyat itu kerana mengutamakan tugas kepada rakyat," kata Huan yang menambah, Pakatan Harapan juga akan tidak lagi wujud sama seperti Pakatan Rakyat dan Barisan Alternatif sebelum ini.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana