Pas dikaitkan dengan IS pula?

SHAH ALAM - Pas tidak menyangka bekas ahli partinya sanggup mengaitkan parti Islam itu dengan fahaman IS.

Pegawai Lajnah Hal Ehwal Parlimen Pas, Syed Ahmad Fadhli berkata, tuduhan itu berat untuk Pas.

"Sementara menunggu Tuan Guru Presiden Pas (Datuk Seri Abdul Hadi Awang) keluar dari pintu Dewan (Rakyat), saya sempat mengikuti sidang media Amanah di ruang khas media yang terletak bersebelahan pintu masuk dewan.

"Sidang media tersebut berkenaan isu keganasan, eksterimisme dan fahaman IS yang dikatakan kian menular di Malaysia.

"Pada asalnya, saya menyangka ia hanyalah sidang media biasa, namun tidak pula saya menyangka dua Ahli Parlimen Amanah yang dulunya ahli Parlimen Pas itu sanggup mengaitkan Pas dengan fahaman IS dan dikatakan ini 'prakeganasan'," katanya dalam satu kenyataan.

Sebelum ini, Amanah dilaporkan melahirkan kebimbangannya terhadap serangan yang dilakukan oleh Pas kepada partinya dan didakwa tindakan itu tidak jauh berbeza dengan fahaman IS.

[ARTIKEL BERKAITAN: Pemimpin Amanah perlu bersikap matang]

Dalam pada itu, Syed Ahmad tidak menafikan wujudnya segelintir kecil ahli dan penyokong Pas yang bertindak agak kasar dan melampau berhubung isu yang disebut Amanah namun tegasnya, ia bukanlah pendirian, keputusan mahupun arahan parti.

"Kita begitu marah apabila berlakunya serangan di Barat, mereka sering mengaitkan keganasan itu dengan Islam sedangkan ia bukanlah diajar oleh Islam.

"Jadi, mengapa pula atas kes yang didakwa berlaku itu, tiba-tiba Amanah ingin mengaitkan Pas dengan unsur IS itu?

"Baru sahaja keluar daripada Pas beberapa bulan, tiba-tiba Amanah pula ingin menjadi penyambung lidah taktik lama Umno dahulu iaitu cubaan mengaitkan Pas dengan fahaman keganasan, pelampau dan IS," katanya.

Disebalik dakwaan demi dakwaan yang dibuat Amanah dalam sidang media itu, beliau membangkitkan soalan sama ada Amanah begitu terdesak, kehabisan modal atau sengaja ingin mengamalkan politik simpati, agar umum melihat Amanah menjadi mangsa buli Pas.

"Mereka mendakwa, kini Amanah menjadi mangsa yang dilabel murtad, munafik dan pengkhianat oleh para penceramah Pas. Ia dikaitkan dengan pelbagai insiden di Terengganu dan Perak disamping mendakwa menjadi mangsa cacian di Facebook.

"Mereka turut membangkit semula isu budaya 'Takfiri' pada tahun 1980ian di Terengganu dahulu. Secara tidak langsung, ia merujuk kepada 'Amanat Haji Hadi', isu yang sering diulang-tayang oleh Umno untuk memburukkan imej Pas dan mengaitkan Pas dengan keganasan.

"Bahkan, yang lebih menyakitkan hati apabila dua Ahli Parlimen Amanah ini dengan sewenangnya berkata Presiden Pas merestui perbuatan ini apabila hanya berdiam diri terhadap isu yang mereka bangkitkan ini," katanya.

Beliau turut bertanya soal respons Amanah yang marah dan melenting ketika dilabel pengkhianat selepas tindakan mereka melompat parti dengan membawa bersama kerusi yang dimenangi atas tiket Pas itu.

"Apa lagi yang mereka mahu sebenarnya? Adakah tindakan melompat keluar parti dan dibawa bersama kerusi yang dimenangi atas tiket Pas itu tindakan bermaruah, mulia lagi terpuji?

"Bukankah gelaran, elaun dan pelbagai kelebihan sebagai YB yang dinikmati sekarang itu adalah hasil daripada kemenangan atas tiket Pas?," soalnya.

Tambahnya, "Oh, mungkin mereka sudah terlupa apa yang tercatat atas kertas undi dahulu, watikah parti mana yang dipakai, apatah lagi Baiah Janji Setia yang dilafaz dan ditandatangan sendiri dalam keadaan sedar lagi waras."

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana