Melayu Pada Mata DAP,! Tubuh Cawangan Di Kawasan Melayu

DAP dilihat mula bimbang akan hilang sokongan masyarakat Cina sehingga sanggup membuka cawangan di kawasan perkampungan Melayu di negeri ini bagi menarik sokongan kaum itu.

Ketua Penerangan Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Shabudin Yahaya berkata bagaimanapun cawangan baharu DAP hanya disertai anggota parti daripada pakatan mereka sendiri berikutan kecewa dengan kedudukan parti berkenaan.

“Memang betul, baru-baru ini ada beberapa cawangan baharu parti DAP di kawasan perkampungan Melayu di sini (Kepala Batas), tindakan parti itu dilihat untuk menarik sokongan orang Melayu selepas sokongan dari Cina semakin merosot.
photo_2015-11-27_20-16-13
“Perkara itu kita boleh lihat sendiri di Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang mana ada wakil rakyat DAP dan PKR juga dari kaum Cina yang mula tidak memberi sokongan kepada parti itu (DAP) terutama sekali Lim Guan Eng (Ketua Menteri Pulau Pinang) sebab itu beliau mula guna strategi lain,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis penyampaian sumbangan kepada 200 pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT) di Tasek Gelugor, di sini, Jumaat.

Beliau berkata demikian bagi mengulas laporan beberapa portal berita yang melaporkan Lim, yang juga Setiausaha Agung DAP, merasmikan enam buah cawangan baharu parti DAP dianggotai orang Melayu di Kepala Batas baru-baru ini.

Shabudin, yang juga Anggota Parlimen Tasek Gelugor, berkata mereka yang menyertai DAP itu juga sebelum ini memang penyokong parti itu dan bukanlah mendapat sokongan baharu seperti diwar-warkan mereka.

“Bagaimanapun siasatan dan risikan kami mendapati cawangan baharu itu disertai ahli parti pakatan dalaman mereka juga iaitu PAS kerana kecewa dengan kedudukan PAS, jadi bukanlah ‘ahli baharu’ sebalik orang yang sama dan hanya bertukar ‘kapal’ sahaja.,

“Jadi saya minta orang ramai terutama orang Melayu agar lebih berwaspada dengan taktik DAP yang menwar-warkan seolah mereka telah mendapat sokongan daripada kita (Melayu),” katanya.

Sementara itu, beliau berkata pihaknya membelanjakan sebanyak RM100,000 bagi sumbangan kepada 700 pelajar yang mendapat tawaran menyambung pelajaran ke IPT sepanjang tahun ini.

“Sumbangan itu diberikan mengikut kategori iaitu bagi peringkat sijil mendapat RM100, diploma (RM150) dan ijazah sebanyak RM200 setiap pelajar,” katanya.

— BERNAMA

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana