Mangsa trol: Menteri mahu saman portal berita

PUTRAJAYA - Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Perumahan, Datuk Abdul Rahman Dahlan akan mengambil tindakan mahkamah terhadap sebuah portal berita tempatan yang memutarbelitkan kenyataannya berhubung isu 'berhijrah ke kampung cucuk tanam'.

Beliau berkata akibat laporan 'separuh masak' itu, beliau menjadi tohmahan orang ramai khususnya netizen di media sosial kerana dianggap tidak sensitif dan memperlekehkan warga kota.

"Biarlah tindakan saya itu menjadi satu peringatan bahawa media online perlu bersifat profesional, tidak mengkompromi fakta dan tidak bertujuan menghina," katanya pada sidang media, di sini, hari ini.

Beliau mengulas laporan portal itu pada 3 November lalu yang memetik kenyataannya apabila ditanya wartawan tentang migrasi penduduk luar bandar ke kampung akibat kos sara hidup tinggi di bandar.

Pengarah Strategik BN itu juga berkata, kenyataannya tidak disiarkan sepenuhnya kerana beliau bukan sahaja menyeru agar mereka berhijrah ke kampung untuk bercucuk tanam, bahkan menyeru warga kota mengamalkan konsep kebun komuniti.

"Portal itu memilih untuk memuatnaik sebuah video voxpop orang ramai berhubung kenyataan saya yang telah diedit tentang 'reserve migration' tanpa memberi konteks sebenar jawapan saya.

"Portal itu juga dengan sengaja tidak melaporkan gesaan saya agar pemaju perumahan di bandar dapat menyediakan satu kawasan di beranda dalam unit-unit pangsapuri untuk mengamalkan konsep itu," jelasnya.

Dalam pada itu, Abdul Rahman berkata lagi, beliau menyokong peranan media termasuk portal berita sebagai satu institusi semak dan imbang kepada kerajaan.

"Mereka bertanggungjawab untuk melaporkan berita secara telus. Mereka boleh mengkritik, namun kritikan mereka haruslah bersifat konstruktif demi kebaikan bersama," katanya lagi.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana