Kenapa Nak Kaitkan Dengan 1MDB Plak Ni....Kevin Tidak Pernah Terlibat Siasatan Kes 1MDB - Peguam Negara

KUALA LUMPUR: Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali tetap bertegas menyatakan Timbalan Pendakwa Raya, Anthony Kevin Morais, tidak pernah terlibat dengan siasatan kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

"Kevin tidak pernah terlibat dengan siasatan 1MDB. Malahan, semasa dipindahkan semula ke Jabatan Peguam Negara pada awal Julai 2014, tiada laporan berkaitan 1MDB lagi ketika itu," katanya menerusi mesej ringas telefon dari Nanning, China pada Khamis.

Pada 7 September, Mohamed Apandi mengeluarkan kenyataan memaklumkan Kevin tidak terlibat dalam siasatan berkaitan 1MDB.

Kenyataan itu susulan akuan bersumpah yang dibuat adik Kevin iaitu Charles Suresh Morais pada Rabu.

Charles, 51 mendakwa abangnya mengirim pemacu pena untuk disimpan kira-kira sebulan sebelum kehilangannya.

Beliau berkata, Kevin memaklumkan kepadanya bahawa pemacu pena itu mengandungi maklumat berkaitan personaliti tertentu di negara ini.

Apandi berkata, dakwaan Charles itu adalah melampau.

"Saya perlu tegaskan di sini apabila Suresh Morais membayangkan bahawa tertuduh yang didakwa di mahkamah tidak terbabit dalam pembunuhan Kevin Morais, beliau dilihat cuba mencampuri perbicaraan mahkamah," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditanya berhubung dakwaan Charles Morais yang terkandung dalam akuan bersumpah dalam permohonan beliau supaya mayat abangnya terus disimpan di bilik mayat Hospital Kuala Lumpur (HKL) sehingga bedah siasat kali kedua dijalankan.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana