Ini Lawak Atau Pelawak Ni....Zunar terima anugerah antarabangsa

SHAH ALAM - Kartunis politik, Zulkiflee SM Anwar atau dikenali sebagai Zunar menerima Anugerah Kebebasan Akhbar Antarabangsa dari Committee to Protect Journalist (CPJ) di New York, semalam.

Zunar, 53, dalam satu kenyataan berkata, beliau sangat berbangga dengan penganugerahan tersebut.

"Kartunis lagenda, Garry Trudeau menyampaikan anugerah  tersebut kepada saya di The Waldorf Astoria.

"Saya ingin mendedikasikan anugerah ini kepada semua peminat, penyokong dan rakyat Malaysia serta warga dunia yang sentiasa menyokong saya sepanjang masa," katanya.

Tahun lepas, kartunis itu menerima Anugerah Keberanian Dalam Melukis Kartun Editorial daripada Rangkaian Hak Asasi Kartunis Antarabangsa (CRNI).

sementara itu, memetik laporan Astro Awani, Zunar pernah ditahan pihak berkuasa kerana hasil karyanya yang banyak mengesyorkan tentang keterlibatan kerajaan dalam skandal rasuah dan penindasan.

Pada 3 April lalu sebanyak sembilan dakwaan menghasut telah difailkan terhadapnya dan semua itu membawa kepada hukuman penjara lebih 40 tahun.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana