Gempak bodoh nak kait PM dengan kes bunuh Kevin Morais yang tak menjadi...

Kita tunggu sajalah apa lagi ‘akal’ Charles Suresh Morais cuba nak reka cerita ala-James Bond kononnya ada pen drive yang boleh membongkar motif pembunuhan abangnya, mendiang Timbalan Pendakwaraya, Kevin Morais.

Bunyi kelentong dakwaannya yang cuba mengaitkan nama Datuk Seri Najib Tun Razak dan siasatan 1MDB dalam kes bunuh itu memang sensasi.Dengar cerita puak-puak yang galak dok hentam Perdana Menteri sudah nak kenduri sakan ‘menyambut’ kemunculan tiba-tiba seorang anggota keluarga Morais yang selama ini bertapa di Amerika dengan peluru berpandu sulitnya.

Selain pen drive yang konon ada maklumat sulit yang dikirim mendiang Kevin untuk disimpan ,Charles juga cuba menguatkan lakonannya dengan membuat surat akaun bersumpah.

"Ia kini selamat di Amerika Syarikat bersama seseorang yang diarah mendedahkan kandungannya kepada umum sekiranya sesuatu yang tidak diingini berlaku kepada saya berhubung akuan sumpah berkanun ini,”dakwanya.Tepat seperti kata Pengarah Komunikasi Strategik BN, Datuk Abdul Rahman Dahlan menolak surat akuan sumpah Charles yang dibacakan kepada media 25 November : "Satu lagi wayang dengan skrip teruk dan pelakon yang juga sama buruk”.

 Jangan kata Rahman,malah semua orang yang ada otak pasti bertanya kenapa sekarang tiba-tiba muncul apa lagi Perhimpunan Agung UMNO yang akan bermula 8 Disember sudah dekat.

"Dakwaan menakjubkan oleh Charles Morais selepas lama kejadian (pembunuhan) itu berlaku, tetapi sebelum AGM UMNO. Masa yang tepat," kata Rahman.Kita semua tahu polis sudah cekup semua mereka yang disyaki terlibat bunuh Kevin yang sebelumnya hilang ketika dalam perjalanan ke tempat kerjanya di Jabatan Peguam Negara pada 4 September.

Mayatnya ditemui dalam tong bersimen di Subang Jaya pada 16 September.Pada 28 september enam lelaki didakwa di mahkamah atas pertuduhan membunuh Kevin manakala dua lagi, termasuk doktor tentera, dituduh bersubahat melakukan kesalahan itu.

Tujuh daripada mereka didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur manakala seorang lagi di Mahkamah Majistret Petaling Jaya.Kes ini dipercayai ada kaitan dengan balas dendam kerana Kevin ialah pendakwaraya yang kendali kes berkenaan.

Jalan cerita Charles memang tidak lojik dari berbagai segi.Apa lagi bila Peguam Negara Tan Sri Apandi Ali sendiri bersuara agar orangramai tidak terpedaya dengan dakwaan itu.Katanya Dakwaan Charles yang cuba mengaitkan kematian abangnya Kevin dengan siasatan 1MDB adalah sangat melampau dan tidak masuk akal.

Beliau menjelaskan malah semasa Kevin dipindahkan kembali ke Pejabat Peguam Negara pada awal Julai 2004, belum ada laporan berhubung 1MDB.

Katanya apabila Charles membayangkan bahawa tujuh tertuduh yang didakwa di mahkamah tidak terbabit dalam pembunuhan Kevin , dia dilihat cuba mencampuri perbicaraan mahkamah.

Mereka yang mungkin berharap Charles boleh bawa sinar agenda nak lanyak Perdana Menteri tentu gigit jari apabila seorang lagi keluarga Morais yakni Datuk Richard Morais telah lepas bom secara terbuka dakwa abangnya Charles kaki temberang.

Anak paling bongsu dari empat beradik ini bukan saja meragui surat akuan bersumpah Charles malah dakwa abangnya yang selama ini tinggal di Amerika tidak pernah rapat dengan Kevin.

Sebagai bukti katanya nama Charles tidak ada dalam surat wasiat Kevin.Dalam pada itu katanya Kevin memang jenis berahsia dan tidak pernah cerita apa-apa tentang tugasnya kepada keluarga.
Dakwanya Charles akan buat apa saja untuk dapat wang.Katanya abangnya ada kes elak cukai di Amerika empat tahun lalu.

Malah dia kata polis patut tahan abangnya kerana buat dakwaan mengunakan akaun bersumpah itu.
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar sendiri kata polis tahu latar belakang Charles.
Apa yang menarik untuk jadi bahan renungan dalam isu ini apakah Charles yang lakarkan skrip dakwaan itu sendiri atau ada orang lain yang jadi ‘pengarah’ di belakang tabir.

Ia juga mengambarkan bagaimana dalam situasi sekarang ‘ macam-macam Charles’ boleh muncul bila-bila untuk kocak suasana dan ambil kesempatan.Dan…mamat Charles yang satu ini nyata sudah silap haribulan nak buat gempak.

Apapun jadilah,glamour bodoh sekejap.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana