Exco Pulau Pinang hilang keyakinan dengan lima ADUN PKR: Guan Eng

GEORGE TOWN:  Exco kerajaan negeri Pulau Pinang telah ‘hilang keyakinan’ dengan lima ADUN PKR yang tidak mengundi usul dari pembangkang mengenai tebus guna tanah, kata Ketua Menteri Lim Guan Eng.

Lim berkata, kumpulan itu perlu mendapatkan semula keyakinan kerajaan negeri terhadap mereka.

“Mesyuarat Exco memutuskan mereka masih sebahagian daripada kerajaan Pakatan Harapan. Mereka boleh terus bertugas seperti biasa.

“Tetapi kami telah hilang keyakinan terhadap mereka. Mereka perlu memperbaiki semula hubungan dengan kerajaan negeri,” katanya dalam sidang akhbar di Komtar hari ini.

Lim dilaporkan sebagai berkata, ada cubaan untuk ‘menjatuhkan’ Datuk Mohd Rashid Hasnon sebagai Timbalan Ketua Menteri I, sejak lima ADUN PKR itu tidak mengundi terhadap usul Umno di DUN Jumaat lalu.

Wakil rakyat Muhammad Farid Saad (BN-Pulau Betong) mengemukakan usul agar semua projek tambakan tanah dihentikan sementara menunggu laporan Taksiran Impak Alam Sekitar.

Bagaimanapun, usul itu ditolak dengan bantahan 23 suara. Tetapi lima ADUN PKR tidak mengundi manakala seorang wakil rakyat DAP mencuri perhatian apabila beliau mengundi menyokong usul berkenaan.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana