Dulu dinobatkan ‘Anugerah Allah’, Anwar kini ‘Hang Nadim’ pula

 “Ia sama seperti dengan Hang Nadim sewaktu ketika dulu, Hang Nadim dilenyapkan dek kerana kepintarannya, sama seperti dengan saudara Anwar, tujuan utama pemenjaraan Anwar dilakukan semata-mata bermotifkan politik.”
Itu kata Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dalam ucapan dasar pada Kongres Nasional Tahunan ke-11 parti itu di Shah Alam, Sabtu.

Menurut Dr Wan Azizah, suaminya Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah mangsa politik yang cuba dilenyapkan dari dunia politik oleh UMNO/ BN yang menggunakan kuasa yang ada untuk memenjarakannya.

Lantaran itu beliau yang memulakan ucapan sekitar jam 9.45 pagi dan mengambil masa selama 20 minit hanya berucap mendewa-dewakan Anwar malah langsung tidak menyentuh perjuangan parti itu untuk rakyat.

Beliau turut menagih simpati ahli PKR dengan menyatakan kesihatan Anwar kini di tahap membimbangkan dengan mengulangi dakwaan bahawa kesihatan Anwar tidak dijaga kerana kerajaan tidak membenarkan bekas Ahli Parlimen Permatang Pauh itu mendapat rawatan segera.

Masalahnya, semua orang tahu bahawa Anwar dipenjarakan susulan keputusan muktamad Mahkamah Persekutuan terhadap perbuatan jenayah beliau meliwat dan tidak ada kaitan langsung dengan kerajaan.

Kes itu telah melalui semua proses perundangan dan Anwar dibela oleh barisan peguam berpengalaman yang ramai.

Dr Wan Azizah juga menggunakan ucapan dasarnya untuk mempertahankan tindakan anaknya yang juga Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar bergambar dengan anak ketua pencerobohan Lahad Datu, Sabah yang mengorbankan 10 perajurit negara, Jacel H. Kiram.

Beliau cuba menegakkan benang basah dengan mendakwa perbuatan Nurul Izzah mengambil gambar dengan Jacel yang sehingga kini belum melupakan tuntutan terhadap warisan Sulu di Sabah sebagai bukan tindakan pengkhianatan.

“Ia (penjualan aset tenaga) adalah apa yang mereka panggil pengkhianatan, bukannya mengambil gambar dengan seseorang,” katanya merujuk pada penjual Edra Energy oleh 1MDB kepada Kumpulan CGN dari China.

Jelas, Dr Wan Azizah cuba mengalih persepsi rakyat terhadap perbuatan Nurul Izzah dengan mendakwa langkah 1MDB menjual aset tenaga kepada syarikat asing sebagai satu pengkhianatan.

Beliau seolah tidak mahu rakyat berfikir kenapa 1MDB terpaksa melakukan penjualan itu yang jelas berpunca dari serangan berterusan pembangkang sedangkan tempoh masa yang disasarkan 1MDB untuk mencatat keuntungan dari pelaburannya masih panjang.

Dan seperti kebiasaan pada setiap kali perjumpaan PKR, berlaku kekecohan melibatkan perwakilan di luar dewan.

Sedang Dr Wan Azizah berucap, kekecohan tercetus apabila seorang perwakilan mendapati namanya hanya tersenarai sebagai pemerhati.

Orang itu yang enggan mendedahkan identitinya menjelaskan bahawa beliau tidak mahu masuk ke dalam dewan sebagai pemerhati dan kehilangan hak sebagai perwakilan.

Difahamkan, beliau adalah Timbalan Ketua Cawangan Kepong dan yang lebih membangkitkan kemarahan beliau adalah namanya langsung tidak tersenarai dalam senarai perwakilan cawangan itu.

Malah aduannya juga tidak diendahkan penjaga kaunter pendaftaran sekaligus kedengaran bahasa kesat seperti ‘anak haram’ dan ‘kurang ajar’.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana