Buruknya Perangai Geng Parti Amanah Ni....Amanah dakwa serangan PAS punca penularan ekstremisme dan terrorisme

KUALA LUMPUR: Parti Amanah Negara (Amanah) melahirkan kebimbangannya terhadap serangan yang dilakukan oleh PAS kepada ahli-ahli dan penyokong partinya ekoran tidak berpuas hati dengan tindakan mereka menubuhkan wadah politik baru.

Menurut Ahli Jawatankuasa Amanah Datuk Dr Mujahid Yusuf Rawa, tindakan ini boleh mencambahkan budaya ekstremisme dan terrorisme yang taksub terhadap sesuatu ideologi.

Beliau mendakwa kegiatan ini tidak jauh berbeza dengan fahaman anggota-anggota militan Negara Islam (IS) yang menganggap mereka sahaja yang betul.

"Menganggap jamaah atau kelompoknya yang memiliki 'absolute truth', sedangkan kelompok lain dianggap sesat dan melabel mereka sebagai kafir dan sebagainya.

"Fenomena inilah yang melahirkan militan Negara Islam (IS) yang anggap mereka betul dan orang lain tak betul. ini bahaya dan IS terbina dari doktrin ini.

"Memilih wadah politik lain dianggap seolah-olah keluar dari agama, ia bahaya apabila kita lihat fenomena memaksa isteri diceraikan talak tiga, fenomena melaknat orang yang keluar dari sebuah parti dan mewajarkan tindakan untuk menimbulkan ciri-ciri keganasan," katanya di sidang media bersama Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad di Dewan Rakyat, pagi tadi.

Justeru Ahli Parlimen Parit Buntar ini berkata, sekiranya benar PAS membawa perjuangan Islam, pemimpinnya perlu mengambil tindakan proaktif untuk menghalang ahli-ahli dan para penyokongnya daripada berbuat demikian.

"Kami difahamkan kebanyakkan mereka datangnya daripada ahli-ahli PAS.

"Jika pemimpin PAS memikirkan hal ini sebagai sensitif dan memahami isu ini, dan bukan kerana dendam terhadap kami.

"Maka mereka perlu ambil tindakan terhadap ahli-ahli mereka yang berbuat demikian," katanya.

Baru-baru ini, Ketua Amanah Marang Miqdad Zakaria membuat laporan polis selepas diserang seorang pemuda yang merupakan anak kepada pemimpin PAS Terengganu di perkarangan rumahnya.

Laporan itu dibuat oleh ayahnya kerana ketika serangan itu berlaku, Miqdad tiada dirumahnya.

Bapanya memberitahu pemuda berkenaan menjerit sekuat hati dengan mengatakan perkataan 'munafik'

Sehubungan itu Mujahid menggesa kerajaan juga memikirkan langkah terbaik untuk membendung gejala ekstremisme dan terorrisme yang dikhuatiri semakin berleluasa kebelakangan ini.

Mujahid juga melahirkan kekesalannya apabila Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) gagal mengekang gejala ekstremisme di negara ini.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana