Azeez Rahim jadi Rajnikanth dalam Dewan Rakyat

Malaysia masih berada dalam keadaan aman, damai dan ia haruslah dikekalkan serta terus dipelihara agar tiada pihak yang berani mengganggu-gugatnya.
Ahli Parlimen Baling, Datuk Seri Abdul Azeez Rahim berkata demikian bagi membidas kenyataan Teressa Kok yang mengutuk Himpunan Rakyat Bersatu yang didakwanya bersifat perkauman.

azeez rajnikanthSedangkan jelas Azeez perhimpunan haram Bersih lah yang menakut orang ramai serta pelancong kerana bertindak di luar batasan sehingga ada yang sanggup pijak gambar pemimpin dan kencing di merata tempat.

Sindirnya inikah yang Ahli Parlimen Seputeh sifatkan sebagai perhimpunan aman dan kebebasan bersuara rakyat Malaysia apabila tindakan demikian langsung tidak mencerminkan keharmonian masyarakat.

“Inilah imej yang paling buruk sekali yang dipamerkan pembangkang yang menakut-nakutkan pelancong untuk datang ke negara kita.

“Jadi sebelum Seputeh hendak berbahas cermin muka dulu sebab saya tengok Seputeh adalah antara orang yang duduk di depan Bersih 1, 2 dan sebagainya,” sindir Azeez ketika membahaskan Bajet 2016 bagi Kementerian Pelancongan peringkat jawatankuasa di Dewan Rakyat pada Rabu.

Azeez turut memuji tindakan Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz membawa masuk pelakon terkenal serata dunia sebagai usaha mempamer dan mempromosikan Malaysia sebuah negara yang aman.

Malah dalam masa yang sama pelakon tersebut juga dapat memberi contoh dan teladan serta perpaduan hasil daripada filem yang dilakonkannya.

Dengan mengambil contoh kehadiran pelakon lagenda terkenal India Rajnikanth ke Malaysia pada 27 Oktober lalu dan dijadual berada di negara ini selama sebulan untuk penggambaran filemnya yang ke-159, Kabali.

Ikuti lakonan semula yang dilakukan Azeez yang menggelar dirinya ‘Baasha Malaysia’ sambil penjelasan tentang pengajaran dari filem yang dilakon oleh Rajnikanth dalam filem Manic Baasha.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana