Apa cerita ini?…sudah benar bawa pakar luar negara rawat Anwar…keluarga tak jawab

Semua orang tahu bagaimana kecohnya keluarga Datuk Seri Anwar Ibrahim mendesak agar kerajaan bagi kebenaran beliau dibawa untuk rawatan di luar negara.

Ingat balik….pada 12 November baru ini dalam sidang akhbar di London,Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Zahid Hamidi kata kerajaan sedia bagi kebenaran keluarganya membawa pakar dari luar negara untuk merawatnya dimana-mana hospital kerajaan.

Soalnya sekarang...mau apa lagi.Bukankah apa yang keluarga Anwar mahu pakar luar negara merawatnya kerana tidak yakin pada pakar tempatan.

Setelah hampir dua minggu berlalu…apa cerita?Zahid yang ditanya wartawan Agendadaily dalam sidang akhbar selepas satu majlis di PWTC Rabu kata hingga setakat ini kerajaan belum terima apa-apa permintaan dari keluarganya.

Pelik bukan…macam main-main lepas desak-desak bila kerajaan bagi senyap.

Semasa sidaang akhbar di London ,Zahid kata Anwar dibenarkan membawa pakar perubatan dari luar negara merawatnya di Malaysia selain diberikan rawatan pakar perubatan tempatan untuk mengubati masalah kesihatan yang dialaminya.
Katanya penjelasan itu diberikan kepada Setiausaha Dalam Negeri Britain, Cik Theresa May; dan, Menteri Negara di Pejabat Luar Negeri dan Komanwel, Encik Hugo Swire, yang bertanya mengenai rawatan perubatan kepada bekas ketua pembangkang Malaysia itu semasa beliau bertemu mereka secara berasingan di London pada Selasa dan Rabu.

Zahid yang menamatkan lawatan empat hari ke Britain waktu itu berkata, kedua-dua pemimpin itu bertanyakan soalan itu dengan mengaitkannya kepada sepucuk surat yang dihantar oleh Perdana Menteri Britain, Encik David Cameron, kepada Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak, bertanyakan mengenai rawatan yang diberikan kepada Datuk Seri Anwar, yang kini sedang menjalani hukuman di penjara Sungai Buloh.

Pada pertemuan itu, beliau juga telah menjelaskan kepada mereka bahawa Datuk Seri Najib turut menerima surat daripada presiden Georgetown University yang melampirkan dua pucuk surat iaitu daripada Setiausaha Negara Amerika John Kerry dan penasihat keselamatan Amerika Susan Rice bertanyakan persoalan yang sama.

"Tentunya pertanyaan ini ada kaitan dengan gambaran solah-olahnya (Datuk Seri) Anwar tidak langsung diberikan sebarang layanan yang sepatutnya, terutama dari segi pemberian rawatan dan perubatan yang sepatutnya diberikan.

"Saya telah menyatakan bagi pihak kerajaan Malaysia dan Jabatan Penjara Malaysia bahawa sesungguhnya Anwar telah diberikan rawatan yang sepatutnya.

"Ini termasuklah keputusan oleh Jabatan Penjara untuk membenarkan kumpulan pakar perubatan dari Universiti Georgetown, Amerika Syarikat, datang ke Malaysia bagi menjalankan rawatan dan melakukan sebarang prosedur operasi terhadap sakit yang dialami oleh Anwar," katanya.

Zahid juga menjelaskan kepada kedua-dua pemimpin Britain itu bahawa pakar-pakar perubatan dari luar negara itu dibenarkan dibawa dan melakukan rawatan ke atas Datuk Seri Anwar di mana-mana hospital kerajaan.

Beliau berkata, mereka juga boleh membawa kumpulan doktor pakar termasuk pembantu perubatan yang diperlukan sesuai dengan masalah kesihatan yang dialami pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu.

Laporan sebelum ini menyebut bahawa Anwar mengalami kecederaan bahu kronik.

Anwar, kata Zahid, kini ditempatkan di wad dalam Penjara Sungai Buloh dan telah diberikan rawatan perubatan di dalam penjara serta rawatan pakar di Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan Pusat Perubatan Universiti Malaya.

Penjelasan yang diberikan beliau itu, katanya telah mengejutkan kedua-dua pemimpin dari Britain itu, barangkali kerana gambaran yang diberikan kepada mereka sebelum ini ialah Datuk Seri Anwar seolah-olah langsung tidak diberikan sebarang rawatan oleh doktor pakar atau doktor-doktor di Malaysia.

Zahid meminta semua pihak tidak menyalah tafsir penjelasan itu sebagai menggambarkan bahawa Datuk Seri Anwar diberikan layanan istimewa oleh pihak Jabatan Penjara tetapi ia hanya disebabkan keperluan terhadap rawatan oleh doktor pakar.

Beliau berkata khidmat doktor pakar dari luar negara yang memberikan rawatan kepada Anwar sebenarnya tidak perlu kerana hakikatnya ada doktor-doktor pakar dalam bidang yang sama di negara ini.

"Tetapi oleh kerana pihak Jabatan Penjara merasakan bahawa ia bagi memberi gambaran kepada komuniti antarabangsa bahawa kita memberikan layanan mengikut asas kemanusiaan, maka keputusan itu harus diterima dengan berlapang dada dan berfikiran terbuka oleh semua pihak dan ia bukannya memberi sebarang keistimewaan kepada Anwar.

 "Saya harap pihak keluarga menerima keputusan Jabatan Penjara itu dengan berlapang dada kerana beberapa pertanyaan telah dibuat dalam persidangan Dewan Rakyat terutamanya apabila perbahasan mengenai belanjawan yang menyentuh pertanggungjawaban Kementerian Dalam Negeri, khususnya penjara yang digambarkan seolah-olah tidak ada rawatan, layanan pertemuan dan juga bantuan guaman diberikan kepada Anwar," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana