ADUN Tanjung Bungah letak jawatan dalam DAP Pulau Pinang

GEORGETOWN: ADUN Tanjung Bungah, Teh Yee Cheu meletakkan jawatan sebagai Setiausaha Penganjur DAP Pulau Pinang berkuatkuasa Isnin, lalu.

Setiausaha DAP Pulau Pinang, Lim Hui Ying dalam kenyataannya, berkata tindakan itu dibuat susulan isu sokongan terhadap usul wakil rakyat Barisan Nasional (BN) berhubung isu penambakan laut pada sidang DUN Jumaat, lalu.

Yee Cheu adalah antara enam ADUN yang tidak mengundi usul mengenai tebus guna tanah lebih 2,600 hektar yang dibawa oleh pembangkang.

Selain Yee Cheu, lima lagi ADUN PKR yang berkecuali adalah ADUN Penanti Dr Norlela Ariffin; ADUN Bukit Tengah Ong Chin Wen; ADUN Kebun Bunga Cheah Kah Peng; ADUN Batu Uban T Jayabalan dan ADUN Machang Bubuk Lee Khai Loon.

Usul itu dibawa kerana khuatir pembangunan di kawasan itu akan menyebabkan hidupan laut terancam kerana habitatnya terhapus, selain menjejaskan kehidupan kira-kira 500 nelayan di kawasan berkenaan.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana