Zaharudin Sambut Cabaran Husam Musa

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Zaharudin Muhammad menyambut cabaran Datuk Husam Musa yang mempelawa beliau berdialog isu kekalahan PAS di Kedah dan Terengganu.

Zaharudin berkata beliau bersedia berdialog dengan Husam secara terbuka di Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad (KUIZM), Taman Melewar, Kuala Lumpur, pada 21 November, jam 10 pagi.

“Insyallah 21 November, saya menjemput Hussam datang ke Kuala Lumpur, jam 10 pagi di Kuizm.

“Kita dialog isu post mortem kekalahan Kedah dan Terengganu,” katanya dalam Facebook hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai menjawab satu tulisan dari Facebook Husam Musa bertajuk “Watak Zaharudin Muhammad Jatuhkan Pas Terengganu?”

“Zaharuddin Muhammad nampaknya galak menulis sehari dua ni, nak pertahankan Kelantan dari jatuh.

“Caranya dengan menyerang saya.

“Jika dunia ilmiah dipilih, saya bersedia mengemukakan hujah saya mengapa Pas kalah di Kedah, dalam mana-mana seminar.

“Sebahagian darinya pernah saya kemukakan kepada Lajnah Politik Pas Pusat enam atau tujuh bulan sebelum kekalahan itu termeterai.

“Elok benar satu seminar diadakan untuk bedah siasat kekalahan sepenggal, bukan sahaja di Kedah bahkan juga Terengganu,” kenyataan dari Facebook Husam Musa dipetik.

Sekali lagi Husam mencabar agar dianjurkan program berbentuk ilmiah supaya beliau dan Zaharudin dapat membincangkan perkara tersebut.

“Saya menunggu jika ada mana pihak untuk menganjurkan seminar kekalahan Kedah dan Terengganu dan hampir tewasnya Pas di Kelantan 2004.

“Jika Zaharudin dapat dijemput bersama, saya berterima kasih.

“Ada pun ayat ayat dalam tulisan Zaharudin berbentuk ugutan dan unsur fitnah, saya telah pun mengarahkan peguam mengambil tindakan.”

Mengulas kenyataan itu, Zaharudin berkata beliau juga turut bersedia bersama dengan peguam-peguamnya jika Husam berhasrat mahu membawa kes tulisan di Facebooknya ke mahkamah.

“Bersama saya ada peguam-peguam dan lebih penting kebenaran juga bersama-sama saya kalau Husam nak bawa ke Mahkamah. Silakan,”katanya lagi.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana