Wan Azizah tidak mudah dapat sokong 25 MP

SHAH ALAM - Ahli parlimen pembangkang tidak akan mendapat sokongan 25 ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) terhadap usul undi tidak percaya yang bakal dibentang pada sidang Dewan Rakyat menjelang bulan hadapan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, ia kerana majoriti ahli parlimen mahu mengekalkan sokongan masing-masing kepada Ketua Majlis Mesyuarat iaitu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Mana-mana ahli Parlimen boleh membawa satu usul persendirian 'undi tidak percaya' mengikut peruntukkan di bawah Peraturan Mesyuarat dan ia juga mungkin di bahas tertakluk juga kepada Peraturan Mesyuarat berkaitan dengan urusan Kerajaan. Bagaimanapun, harus difahami, untuk meluluskan mana-mana usul yang membabitkan pengundian, adalah penting untuk mempunyai sekurang-kurangnya majoriti mudah, jika tidak, usul tersebut akan tewas.

“Tidak dinafikan bahawa gabungan pembangkang yang mempunyai 87 ahli Parlimen yang boleh membuang undi tidak percaya terhadap Najib sekiranya usul ini di bahas dan di buka untuk diputuskan. Namun, angka itu tidak mencukupi di mana gabungan itu memerlukan sekurang-kurangnya 25 lagi ahli Parlimen untuk mencapai majoriti mudah bagi luluskan usul ini, yang mana ini tidak mungkin akan berlaku,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Wan Azizah pada Ahad lalu menyatakan keyakinan ahli-ahli Parlimen pembangkang dalam menyokong usul undi tidak percaya terhadap Najib yang bakal dibentang pada sidang Dewan Rakyat di Parlimen nanti.

Bagaimanapun, gabungan pembangkang mempunyai 87 ahli Parlimen memerlukan 25 lagi ahli Parlimen untuk mencapai majoriti mudah dalam menyokong usul tersebut.

Azalina yang juga Ahli Parlimen Pengerang berkata, sebagai ahli Parlimen, sememangnya menjadi preprogatif mana-mana ahli untuk membawa satu usul persendirian mengikut peruntukkan di bawah Peraturan Mesyuarat.

Pada masa yang sama, sama ada usul tersebut akan di bahas atau sebaliknya juga tertakluk kepada Peraturan Mesyuarat 15 (1) yang dengan jelas menyatakan bahawa pada tiap-tiap hari persidangan mesyuarat, urusan Kerajaan hendaklah didahulukan daripada urusan-urusan lain.

“Saya ingin tegaskan sememangnya tiada peruntukan khusus dalam peraturan mesyuarat Dewan Rakyat bagi mengadakan 'undi tidak percaya' tetapi ini tidak bermakna Parlimen tidak benarkan 'undi tidak percaya' di mana ia masih boleh dikemukakan kepada Dewan sebagai satu usul persendirian mengikut Peraturan Mesyuarat 27 (3) yang dengan jelas menyatakan bahawa apa-apa usul hendaklah di hantar kepada Setiausaha dengan bertulis tidak kurang daripada empat belas hari, kecuali perkara khusus yang disyaratkan di bawah Peraturan Mesyuarat 43, 86 (5) dan 26 (1).

“Parlimen Malaysia sememangnya sentiasa mendukung prinsip demokrasi yang tinggi maka semua ahli Parlimen mempunyai hak mereka seperti mana yang termaktub dalam Perlembagaan dan Peraturan Mesyuarat.

Azalina turut memberi amaran kepada mana-mana ahli Parlimen untuk tidak melakukan sabotaj atau cuba menggulingkan kerajaan yang telah dipilih oleh rakyat dengan cara yang tidak demokratik.

“Kita sebagai rakyat Malaysia, tidak kira falsafah dan ideologi politik masing-masing, harus sentiasa mendukung sistem pemerintahan demokrasi berparlimen dan raja berperlembagaan yang diamalkan di Malaysia,” katanya lagi.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana