Usul Undi Tak Percaya Hanya Propaganda Pembangkang, Kata Penganalisis

Cubaan beberapa kali oleh pembangkang untuk menafikan pentadbiran kerajaan bermula dengan isu 16 September dan terbaru, tindakan mengemukakan usul undi tidak percaya terhadap perdana menteri, hanya membuktikan ianya propaganda ‘yang akhirnya tidak ke mana’.

Pensyarah Sains Politik dari Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR), Edwin Michael Muniandy berkata, pembangkang gemar mencanang khabar kononnya mempunyai sokongan majoriti untuk menukar pentadbiran namun ‘drama’ tersebut kemudiannya berakhir dengan kegagalan.

“Ini propaganda politik pembangkang. Bukan setakat isu usul undi tidak percaya dan 16 September, banyak lagi isu yang mereka pernah lakukan sedemikian, mencanang dan pergunakan sosial media untuk mainkan propaganda.

“Tapi akhirnya benda itu akan hilang begitu saja,” katanya kepada Antarapos.

Minggu lalu, pembangkang menerusi Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail memfailkan usul undi tidak percaya terhadap Datuk Seri Mohd Najib Razak di Dewan Rakyat dengan mendakwa mereka mempunyai sokongan majoriti untuk mengemukakan usul tersebut, termasuk dari kalangan Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN).

Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia kemudian menggesa pembangkang memberi senarai ahli-ahli parlimen yang didakwa menyokong undi tidak percaya terhadap Najib.

Ujar Pandikar, jika senarai penuh sokongan diterima maka usul berkenaan boleh dipertimbangkan untuk dibahas kelak.

Namun sehingga ke hari ini tiada satu bukti dibentang untuk menyokong dakwaan kononnya wujud Ahli Parlimen BN bersama gabungan pembangkang baru, Pakatan Harapan, yang menyokong usul itu.

Tindakan mefailkan usul itu dilihat mengulangi ‘drama’ 16 September yang diterajui bekas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, tujuh tahun lalu, yang mendakwa hampir 30 Ahli Parlimen BN akan ‘melompat’ menyertai pembangkang bagi menukar pentadbiran kerana mempunyai sokongan majoriti.

Namun ujar Edwin, dari satu sudut, undi tidak percaya yang difailkan pembangkang baru-baru ini menjadi indikator yang menunjukkan parlimen mengamalkan demokrasi, apabila menerima usul yang bersifat menentang kerajaan itu yang difailkan sebelumnya oleh ahli parlimen PKR, Hee Loy Sian.

“Kerajaan telahpun beri mereka ruang untuk membawa usul undi tak percaya, tapi atas kesalahan kepada pihak mereka kerana hantar lewat dan kelewatan itu berpunca daripada PKR dan DAP.

“Kita telah berikan mereka ruang untuk bawakan isu menentang kerajaan. Bukankah itu satu indikator menunjukkan kita ada kebabasan berparlimen,” katanya lagi.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana