Tonto Langgar Pegawai Kastam Sehingga Koma

PADANG BESAR 9 Okt - Seorang pegawai kastam dilaporkan koma setelah dilanggar sebuah kereta yang dipercayai tonto ketika melakukan operasi melibatkan sindiket penyeludupan minuman keras awal pagi tadi.

Semasa kejadian, sebuah kereta Proton Perdana menghampiri kereta yang dipandu pegawai kastam berkenaan ketika mereka mengekori tiga buah kenderaan yang disyaki membawa minuman keras menuju ke Kangar.

Ekoran itu, kereta Proton Perdana itu mengarahkan mereka memberhentikan kenderaan mereka berhampiran Titi Tinggi, Perlis kira-kira satu kilometer dari sekatan jalan raya yang dilakukan Unit Pencegahan Penyeludupan.

Berang permintaan tonto tersebut tidak diendahkan oleh pegawai kastam, tonto tersebut berulang kali melanggar kereta Honda Odyssey yang dipandu oleh pegawai kastam berkenaan menyebabkan kereta yang dipandu terbabas.

Dilaporkan, tonto berkenaan telah melarikan diri ke arah Kangar selepas kejadian.

Sementara itu, Pengarah Kastam Perlis, Kamarudin Jaafar mengesahkan kejadian dan berkata, dalam kejadian berkenaan tiga pegawainya dalam kereta berkenaan.

"Pegawai yang berumur 24 tahun itu dilaporkan koma.

"Dua daripadanya parah akibat mengalami kecederaan pada bahagian kepala serta manakala seorang lagi iaitu pemandu cedera ringan," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana