Terbaik lah....Penurunan Dan Penyeragaman Tambang Feri Ringankan Beban Rakyat Luar Bandar

Keprihatinan kerajaan negeri Sarawak di bawah Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Haji Adenan bin Haji Satem dalam mengurangkan jurang penduduk luar bandar dan bandar semakin jelas dengan beberapa tindakan susulan antaranya penurunan dan penyeragaman tambang feri.

Penurunan dan penyeragaman tambang feri di beberapa kawasan di Sarawak telah membantu meringankan beban penduduk di kawasan luar bandar.

Penurunan tambang perkhidmatan feri Marudi dianggap sebagai formula membantu meringankan beban penduduk di sini, kata Menteri Muda Kemudahan Awam (Bekalan Air) Datuk Sylvester Entri Muran.

Katanya, ia sekali gus memberi isyarat kepada penduduk di sini bahawa pentingnya memberi mandat kepada Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem untuk kekal sebagai ketua menteri lima tahun lagi.

Menteri Muda Pertanian (Pertubuhan Peladang) dan Menteri Muda Kemudahan Awam (Bekalan Air) Datuk Sylvester Entri Muran berkata, kepimpinan Adenan merupakan denyut dan nadi rakyat kerana sudah membawa banyak perubahan di negeri ini.

“Adenan mengamalkan politik luar bandar, justeru, beliau meluluskan RM500 juta peruntukan bagi membangunkan luar bandar,” katanya.

Jelas Entri, tambang feri sebelum ini untuk sebuah kenderaan dikenakan bayaran sebanyak RM15 untuk satu perjalanan namun kini ia diseragam menjadi RM1, termasuk perkhidmatan feri di Feri Long Lama.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana