TERBAIK LAH....NAJIB BAKAL SAMAN BEKAS PRESIDEN MCA JIKA TIDAK MOHON MAAF DALAM 7 HARI

Tindakan Datuk Seri Najib Tun Razak memberi tempoh 7 hari kepada Bekas Presiden MCA Ling Liong Sik  mohon maaf di atas artikelnya  disiarkan Malay Mail Online merupakan langkah tepat membersihkan diri beliau daripada tuduhan fitnah tidak bertanggungjawab .

Bekas Presiden MCA diketahui umum mempunyai hubungan baik dengan Tun Mahathir menyerang peribadi Najib jelas  mempunyai agenda tertentu memburukkan imej Perdana Menteri di mata rakyat.

Selepas pelbagai plot konspirasi dan komplot menjatuhkan Najib gagal , kini serangan mereka berterusan dengan menggunakan tuduhan fitnah menghasut rakyat  kononnya PM telah menyalahgunakan wang kerajaan .

Majoriti rakyat kini sudah nampak kebenaranya disebalik serangan fitnah terhadap Najib dan 1MDB dan ianya semua dirancang bagi menjatuhkan beliau dari kerajaan yang dipilih oleh rakyat.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak atas kapasiti peribadi hari ini memberikan tempoh selama tujuh hari kepada bekas Presiden MCA, Tun Dr. Ling Liong Sik untuk memohon maaf atas kenyataannya berhubung artikel `MCA’s Liong Sik joins call for Najib’s ouster for allegedly putting people’s money in his own pocket” yang disiarkan oleh Malay Mail online pada 3 Oktober lalu.

Gagal berbuat demikian, tindakan undang-undang akan diambil ke atas Liong Sik.
Bertindak bagi pihak Perdana Menteri ialah Tetuan Hafarizam Wan & Aisha Mubarak. Difahamkan surat peguam akan dihantar kepada Liong Sik hari ini.

Dalam surat tersebut, Datuk Mohd Hafarizam Harun yang mewakili tetuan berkenaan menyatakan kenyataan Liong Sik yang juga bekas Menteri Pengangkutan itu sekali gus membawa maksud bahawa Najib telah menyalahguna dana pelaburan kerajaan ke dalam akaun peribadi beliau untuk kepentingan sendiri.

“Kenyataan itu juga membawa maksud bahawa pelanggan kami menyalahguna amanah yang diberikan oleh rakyat Malaysia dengan menggunakan kedudukannya sebagai pengerusi syarikat pelaburan negara (1MDB) dan sebagai pemimpin negara.

“Ia juga membawa maksud bahawa pelanggan kami tidak cekap, terlibat dalam skandal kewangan untuk menipu rakyat Malaysia dan tidak layak menjadi pengerusi Barisan Nasional (BN) yang mengandungi 13 parti politik termasuk MCA,” kata peguam tersebut.

Kenyataan itu, katanya adalah satu fitnah dan telah merosakkan reputasi Perdana Menteri, selain cenderung untuk merendahkan beliau dalam pemikiran masyarakat.
“Ia adalah arahan pelanggan kami bahawa anda dengan niat jahat mengeluarkan kenyataan tidak benar dan fitnah, hingga mencemarkan reputasi pelanggan kami di dalam dan luar negara,” katanya.

Susulan itu, Hafarizam berkata, pihaknya telah diarahkan oleh anak guam mereka untuk mengambil tindakan dan menuntut penarikan balik kenyataan, permohonan maaf tidak berbelah bagi dan pampasan yang munasabah terhadap apa yang dinyatakan di atas kenyataan fitnah terhadap pelanggannya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana