Tengku Adnan bidas Saifuddin..kalau suka pembangkang masuklah pembangkang

Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Tengku Adnan Mansor jelas nampak agak bengang dengan tindak tanduk Datuk Saifuddin Abdullah tetap mempertahankan tidak salah beliau menghadiri program anjuran pembangkang.

Sekalipun kata kuasa menentukan kedudukan bekas Timbalan Menteri dan bekas Ahli Majlis Tertinggi yang sudah diberi surat tunjuk sebab kerana menghadiri program pembangkang pada 22 September terletak ditangan Lembaga Disiplin,namun beiau tegas membidasnya.

Katanya kalau Saifuddin suka sangat hadir program pembangkang masuklah pembangkang tapi jangan jadi duri dalam daging dalam parti.

“Itu nasihat saya,”katanya menjawab soalan dalam sidang akhbar Khamis pasal Saifuddin yang kata beliau tetap akan hadir program anjuran pembangkang.

Ibupejabat UMNO telah menghantar surat tunjuk sebab selama 14 hari kepada Saifuddin kerana menghadiri program sidang meja bulat dan pelancaran Pakatan Amanah di Subang Jaya.

Mengenai kenyataan salah seorang anggota Lembaga Disiplin Tan Sri Megat Najimuddin Megat Khas yang anggap kehadiran Saifuddin di majlis pembangkang itu bukan hal serius,Tengku Adnan kata itu adalah pandangan peribadi beliau.
Katanya beliau cuma melaksana tugas sebagai Setiausaha Agung UMNO ikut perlembagaan parti menghantar surat tunjuk sebab kepada Saifuddin.

Beliau menjelaskan kuasa mutlak menentukan kedudukan Saifuddin terserah sepenuhnya pada Lembaga Disiplin.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana