Tahu Takuttt....Azmin Nafi Dalang Komplot Guling Azizah

SHAH ALAM 6 Okt – Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali menafikan dakwaan beliau mendalangi komplot untuk menggulingkan Presiden parti, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail seperti didakwa Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia, Badrul Hisham Shaharin.

Mohamed Azmin berkata, dakwaan itu dilihatnya sebagai satu fitnah dan tuduhan berniat jahat yang dibuat oleh individu tidak bertanggungjawab.

“Saya tidak ada komen. Perkara-perkara yang kita bincangkan dalam parti tidak perlu dibincangkan kepada media.

“Ini satu tuduhan yang jahat dan fitnah oleh individu yang sudah bankrap,” katanya kepada pemberi­ta selepas melancarkan Pusat Kreatif Digital Selangor di i-City, di sini.

Semalam, Badrul Hisham yang juga bekas Ketua PKR Cabang Rembau dalam blog miliknya mendakwa Mohamed Azmin dan kartelnya telah melancarkan petisyen yang ditandatangani oleh majoriti Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR yang kini dikuasai pro-Mohamed Azmin untuk memaksa satu mesyuarat MPP khas bagi menarik semula penglibatan PKR dalam pakatan pembangkang baharu.

Dakwa Badrul Hisham, perbuatan tersebut adalah satu tindakan ‘coup de tat’ (rampasan kuasa) dan usaha undi tidak percaya yang dipelopori kartel Mohamed Azmin ke atas Wan Azizah ketika Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dipenjara.

Mengulas tentang petisyen itu, Mohamed Azmin yang juga Menteri Besar bagaimanapun berkata, beliau tidak menghalang tindakan tersebut kerana PKR terbuka kepada perbincangan.

“Apa masalahnya? Ini proses biasa kerana PKR sebuah parti reformasi yang sentiasa membincangkan perkara-perkara yang memberi kepentingan kepada ahli dan rak­yat,” jelasnya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana