SOSMA : Sikap 'Flip Flop' Muhyiddin, Shafie Apdal Dikecam

KOTA KINABALU 13 Okt - Seorang Ketua UMNO Bahagian di Sabah hari ini mendakwa Timbalan Presiden UMNO Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mohd Shafie Apdal telah menukar pendirian mereka mengenai Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 atau SOSMA.

Datuk John Ambrose, yang mengetuai UMNO bahagian Penampang, dipetik sebuah portal berita sebagai berkata Muhyiddin dan Shafie mungkin terlupa kedua-dua mereka mengundi untuk menyokong SOSMA yang digubal di Parlimen.

"Mereka, pada masa itu, tidak menentang undang-undang berkenaan atau bersuara untuk menentangnya," portal itu memetik beliau sebagai berkata.

Ambrose dilapor berkata demikian selepas Muhyiddin, bekas timbalan perdana menteri dan Anggota Parlimen Pagoh, serta Shafie, bekas Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah dan Anggota Parlimen Semporna, menghadiri sidang akhbar anjuran bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad semalam.

Sidang akhbar itu untuk membantah penggunaan SOSMA terhadap dua individu yang didakwa atas tuduhan cuba mensabotaj perkhidmatan perbankan dan kewangan Malaysia.

Ambrose juga dilaporkan mengkritik Shafie kerana mempertikaikan syarikat pelaburan kerajaan, 1Malaysia Development Berhad dan menyatakan bahawa banyak perkara yang penting kepada rakyat masih lagi belum ditangani.

Ketua UMNO Bahagian Penampang itu berkata Muhyiddin dan Shafie merupakan anggota Kabinet kerajaan persekutuan sehingga Julai tahun ini dan isu 1MDB dibincangkan pada mesyuarat Kabinet.

"Jadi mereka tidak boleh kata tidak tahu. Malah, Muhyiddin mempengerusikan satu daripada mesyuarat Kabinet apabila isu 1MDB dibincangkan dan semua isu telah diperjelaskan," beliau dilaporkan sebagai berkata.

Ambrose berkata 1MDB yang melantik presiden baharu tahun ini, membentangkan program rasionalisasi dan pengurangan hutangnya kepada Kabinet pada Jun lepas, yang diluluskan Kabinet.

Beliau berkata adalah jelas 1MDB memerlukan sekurang-kurangnya enam bulan sehingga hujung tahun ini untuk menyelesaikan rasionalisasi dan pengurangan hutangnya, dan Muhyiddin serta Shafie tidak menentang rancangan ini atau tidak bersetuju mengenainya.

"Sekarang Shafie dan Muhyiddin bercakap seolah-olah mereka tidak dimaklumkan mengenai fakta berkaitan 1MDB dan tidak menjadi anggota Kabinet yang meluluskan program rasionalisasi dan pengurangan hutang," beliau dipetik sebagai berkata.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana