Solidariti Mufti-Mufti pertahankan JAIP dari serangan DAP

DAP dah mula tunjuk kurang ajar.belom perintah Malaysia lg.kalau GHB/PAN/Amanah menang PRU pastinya DAP yg berkuasa dan nk hapuskan agama Islam.itupun masih ada melayu tak sedar diri mnyokong DAP dan parti Boneka ciptaannya iaitu GHB/PAN/Amanah

Serangan bertali arus DAP terhadap Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) dan Jabatan Mufti negeri tersebut menyebabkan Mufti beberapa negeri bersuara nyatakan solidariti pada beliau dan mahu teks khutbah Aidiladha dipertahankan.

Antara yang tampil membela Mufti Pahang Datuk Seri Dr. Abdul Rahman Osman yang diserang DAP adalah Mufti Selangor, Mufti Kelantan dan Mufti Melaka.

Mereka mahu JAIP tidak apologetik dalam mempertahankan teks khutbah Aidiladha yang dikatakan mendakwa DAP sebagai menentang Islam.

Sambil memberikan sokongan moral kepada JAIP, Mufti Selangor, Datuk Mohd. Tamyes Abd. Wahid yakin, Mufti Pahang, Datuk Seri Dr. Abdul Rahman Osman mempunyai asas yang kukuh dalam mempertahankan teks khutbah tersebut.

Mohd. Tamyes juga berkata, kebenaran bakal terbukti menyebelahi pihak JAIP sekiranya isu tersebut diheret ke mahkamah, selagi kandungan teks ucapan itu berlandaskan ajaran Islam.

“Saya percaya tindakan mempertahankan kandungan khutbah tersebut mempunyai bukti asas yang kuat dan berharap, mudah-mudahan jika isu ini diheret ke mahkamah, ia akan menyebelahi pihak yang benar.

“Isu ini melibatkan agama dan wajib bagi kita sebagai umat Islam mempertahankan agamanya daripada dipermainkan oleh pihak bukan Islam. Tidak kiralah pihak yang membantah mewakilkannya kepada orang Islam sekali pun,” katanya.

Utusan melaporkan beliau mengulas kenyataan Abdul Rahman yang tidak gentar dengan ancaman DAP mahu mengambil tindakan undang-undang terhadap pihaknya kerana khutbah Aidiladha berkenaan.

Menurutnya, khutbah tersebut merupakan satu nasihat kepada orang Islam supaya bersatu padu dan bukan bersama dengan pihak yang mencabar Islam.

Sebelum ini, DAP melalui Pengerusi DAP Pahang, Tengku Zulpuri Shah Raja Puri memberi masa lima hari sehingga Khamis untuk JAIP memohon maaf secara terbuka dan menarik balik khutbah itu atau berdepan tindakan undang-undang.

Dalam pada itu, Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad berkata, sekiranya semua pihak mempunyai rasa hormat kepada institusi keagamaan, pastinya isu berhubung khutbah tersebut tidak berbangkit.

Kata beliau, ini memandangkan institusi keagamaan di negara ini yang salah satunya adalah jabatan mufti negeri sememangnya mempunyai tanggungjawab untuk memberi pandangan kepada umat Islam.

“Khutbah adalah medium dakwah menyedarkan Islam, kalau ada pihak ingin mengheret ke mahkamah berhubung isu kandungannya, terpulanglah. Tetapi penghormatan terhadap institusi keagamaan itu perlu datangnya daripada orang Islam sendiri. Kalau ada yang mencabarnya, saya berasa kesal.

“Institusi agama bukan untuk agenda politik tetapi menyedarkan umat Islam, kita tiada kepentingan politik. Kalau orang Islam sendiri tidak hormat institusi terbabit, bagaimana bukan Islam akan menghormatinya,” katanya.

Mufti Melaka, Datuk Dr. Mohd. Mohadis Yasin turut menyatakan sokongan terhadap Abdul Rahman yang bertegas dan tidak gentar dengan tekanan yang diberikan DAP terhadap JAIP itu.

Menurut Mohd. Mohadis, isu yang membabitkan maruah agama Islam wajar dipertahankan kerana isi kandungan khutbah yang disampaikan itu bertujuan memberi peringatan kepada umatnya dan seharusnya tidak dipersoalkan.

“Sebagai umat Islam, kita seharusnya bersatu mempertahankan perihal berkaitan agama kita dan bagi saya amat tidak wajar ada pihak lain yang cuba mempersoalkan tentang isi kandungan khutbah itu, apatah lagi ia melibatkan parti politik.

“Agak menyedihkan juga apabila individu yang mempersoalkan isu ini juga merupakan umat Islam tetapi hanya kerana disebabkan berbeza fahaman politik, isi kandungan khutbah itu dijadikan modal untuk dijadikan ancaman atau ugutan,” katanya.

Perkara sama turut diluahkan Pendakwah bebas, Datuk Md. Daud Che Ngah yang berpendapat mufti adalah tokoh penting dalam hierarki masyarakat Islam dalam memimpin ke arah menjalani hidup selaras dengan tuntutan dan kehendak syariat agama.

Justeru, katanya tidak seharusnya umat Islam termasuk kerajaan memberi peluang atau tunduk sebaliknya bersatu-padu serta tidak sesekali menyerah kalah berhubung isu tersebut.

“Saya sudah hilang sabar dengan provokasi berterusan daripada kelompok tertentu ini. Mereka tidak sepatutnya mengganggu urusan melibatkan kesucian agama Islam seperti mana yang mereka lakukan kepada hukum hudud.

“Tidak harus ada toleransi atau kompromi dalam mempertahankan kesucian agama Islam, justeru saya menggesa semua umat Islam untuk bersatu dalam hal ini,” katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana