Serik dengan DAP, PAS takkan sertai Pakatan Harapan - Tuan Ibrahim

SHAH ALAM: 'Serik' dengan permainan politik DAP, PAS sekali lagi menegaskan tidak akan menyertai Pakatan Harapan walaupun PKR masih mengharapkan parti Islam itu akan menyertai pakatan pembangkang baru dianggotai oleh DAP dan Parti Amanah Negara (Amanah).

Timbalan Presidennya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, PAS tiada masa untuk melayan kerenah bekas rakan komponennya dalam Pakatan Rakyat, DAP yang kerap menjadikan PAS sasaran serangannya.

"Bagi PAS dengan DAP ini (sudah dua tiga kali) terkena.

"Dulu DAP tarik diri daripada Barisan Alternatif (BA), kemudian DAP 'serang' PAS selepas muktamar dan selepas dengan muktamar ini, kita tidak mungkin buat kerjasama dari segi politik.

Beliau mengulas kenyataan Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali yang masih mengharapkan PAS menyertai pakatan pembangkang baru itu.

Tuan Ibrahim berkata, walaupun PKR masih berharap kerjasama tersebut berlaku, PAS hanya akan bekerjasama dengan PKR di dalam blok pembangkang dan tidak melibatkan DAP dan Amanah.

"Kita setakat ini kerjasama hubungan PAS dengan PKR sahaja, PAS dengan PKR dan tidak timbul kerjasama dengan DAP dan Amanah.

"Kita hanya ada mandat muktamar ialah mengekalkan kerjasama dengan PKR," katanya.

Bahkan, Tuan Ibrahim meminta supaya PKR memahami dasar perjuangan parti itu yang tidak boleh dikompromi sejak dahulu lagi.

"PAS pun ada dasar yang diperjuangkan. Kalau dasar yang kita perjuangkan pun kita tidak boleh hendak buat, jadi PAS tidak mungkin korbankan prinsip dan dasar parti," katanya.

Beliau turut memperincikan sejarah kerjasama PAS dengan Semangat 46 yang seakan sama dengan kerjasama PAS dan PKR sekarang.

"Masa tu Semangat 46 jadi ejen kepada rangkaian kerjasama pakatan-pakatan pembangkang. Masa itu pun PAS sudah tiada kerjasama dengan DAP ataupun BN dan sebagainya.

"Cuma kita ada kerjasama dengan Semangat 46, dan Semangat 46 ketika itu ada kerjasama dengan parti-parti lain. Jadi saya fikir bagi PAS, kita kekal setakat sehingga ini prinsip kita begitulah," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana