'Saya Cabar AMK, Buktikan Saya Ditaja' - Chegubard

KUALA LUMPUR 8 Okt - Badrul Hisham Shahrin atau Chegubard mencabar Angkatan Muda Keadilan (AMK) Selangor mendedahkan pihak yang didakwa menajanya untuk mengkritik kepimpinan parti.

Beliau berkata, Timbalan AMK Selangor, Zainol Abidin perlu membuktikan dakwaan itu kerana seluruh negara telah tahu dakwaan yang dibuatnya itu.

“Saya cabar Zainol untuk dedah pemimpin yang bayar saya itu.

“Sekarang ini peluru ditentukan mereka…Siapa yang bayar saya, itu saya nak Zainol jawab,” katanya memetik laporan FMT.

Beliau menegaskan, tiada mana-mana pihak menajanya untuk menyerang pemimpin PKR.

Katanya, dia tidak gentar dikenakan tindakan disiplin tetapi perlu diadakan siasatan menyeluruh dan telus.

“Saya sedia disiasat dan saya percaya, Brigedier Jeneral (B) Datuk Abdul Hadi Abdul Khatab Hadi sebagai Pengerusi Lembaga Disiplin cukup waras dan matang untuk membuat keputusan demi kepentingan parti,” katanya.

Sebelum ini, Zainol membuat aduan kepada Lembaga Disiplin terhadap Chegubard dan menggesa bekas Ketua Cabang Rembau itu dipecat daripada PKR.

Zainol berkata, kenyataan Chegubard kononnya Timbalan Presiden, Mohamed Azmin merancang rampasan kuasa Presiden, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail sebagai perbuatan tidak bermoral dan tidak beretika.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana