SATU ARTIKEL YANG WAJIB DIBACA OLEH SEMUA RAKYAT MALAYSIA - SEBARKAN!


Bagus cikgu ni, dimasa lapamg dia buat benda berfaedah, cantik hasil seni pertukangan yang dia buat ni dan aku sangat suka dengan produk kayu dia. Korang tengok la, walau dia sibuk berkerja sebagai guru tetapi dia tetap ada masa untuk membuat sesuatu yang dia suka. dia tak membazir waktu dia macam kebanyakan rakyat Malaysia yang buat sekarang.

Aku nak nasihat free sama rakyat Malaysia ni. Bila ada kelapangan cari la benda nak buat. Mana tau boleh mendatangkan hasil, dari korang siang malam dok sibuk nak jadi pakar dalam FACEBOOK tu buat apa? Si Mark Zuckeberg pemilik FB dah kaya raya, tapi korang yang pakai FB jadi gila meroyan siang malam.

Bukan ke baik kalau korang buat bend ayang berfaedah sikit, dari dok complain tak cukup duit kata kerajaan zalim la semua, baik cari peluang perniagaan part time ka, tak kira la apa saja korang buat. Kerja kedua ka, meniaga apa saja janji halal dan tak menyalahi undang-undang. Buat la dan carilah duit lebih demi kesejahteraan diri dan keluarga. Come on la aku tau masa yang terluang bukan korang spent dengan family pun korang banyak dok lepak kat FB dan media sosial je, trust me I know.

Aku biasa tengok satu keluarga keluar makan, family time atau quality time yang sepatutya diluangkan bersama-sama tetapi diakhiri atau dibazirkan dengan ayah, mak dan anak-anak sibuk dengan gadget mereka. Walau mereka bersama tetapi aku boleh nampak betapa jauhnya mereka. Sayu hati aku beb dan aku nasihatkan diri aku yang aku takkan buat macam tu. kalau ada benda penting tengok phone sekejap takpe la, ini tidak dari mula makan sampai habis mereka bersama gadget mereka.

Teknologi menjadikan kita semakin jauh dengan keluarga kita, walau kita berada dekat tetapi kita terlampau leka dengan media sosial dan gadget-gadget cool yang memudaratkan pertalian kekeluargaan. lebih kronik lagi bila ada masa kita akan cuba menjadi PAKAR STANDARD MEE SEGERA dalam FB dan mula kondem itu ini, semua tak betul la, kita je yang betul.

So kita kena ubah benda ni, kalau tak boleh sekaligus pun, perlahan-lahan kita ubah dan cuba buat macam cikgu kreatif ni dari Perak ni. Dia tidak membazir masa dan mencari rexeki lebih dengan kreativiti yang ada pada dirinya, aku percaya kita semua ni ada kreativiti kita masing-masing. Cuma jangan dibazirkan dengan menjadi loyar buruk dan batu api dalam media sosial!

Sekadar nasihat free je, nak ikut bagus la tak ikut pun, aku tak rugi cuma negara dan keluarga kita je rugi sebab kita banyak membazir masa kita pada benda yang tak perlu. Hargailah masa yang kita ada sebab sekali ianya dah pergi ianya tidak akan kembali lagi. Live your life to the fullest dan jangan lupa pada yang telah Mencipta kita.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana