Saksikan lah.....“Celaka Punya Melayu,” Anthony Loke

Dua wakil rakyat DAP ditangkap kerana membantah perintah pengosongan Kampung Ulu Temiang, Seremban hari ini. Anggota Parlimen Seremban Anthony Loke memberitahu beliau dan anggota Dewan Undangan Negeri Temiang Ng Chin Tsai mengumumkan ditahan polis di Facebook beliau sebentar tadi.

Penahanan ini dibuat berikutan tindakan provokasi yang dilakukan oleh Anthony dan Ng Chin Tsai terhadap penguatkuasa Majlis Perbandaran Seremban yang bertindak merobohkan perkampungan setinggan yang telah wujud lebih 40 tahun lalu.

Apa yang menariknya, sewaktu beliau ditahan, beliau dilihat menjerit “celaka punya Melayu” terhadap pihak berkuasa yang menahan beliau bersama Ng Chin Tsai. Adakah ini yang dinamakan tidak rasis bagi DAP?

Aksi dan jeritan Anthony ini pantas menjadi viral di laman-laman sosial hari ini dan ramai yang menyifatkan tindakan beliau sebagai amat biadab dan tidak sepatutnya dilafazkan oleh seorang yang menjadi Ahli Parlimen di sesuatu tempat.

Difahamkan, perintah pengosongan perkampungan setinggan ini dilakukan oleh MPS sejak hampir sebulan lalu dan notis ini dilaporkan telah berakhir pada 25 Ogos yang lalu.

20150928_kampung_ulu_temiang_village_sign_-_darwish_zainal

Tindakan penduduk yang enggan meninggalkan perkampungan setinggan ini difahamkan kerana mereka menyifatkan bayaran pampasan terhadap mereka tidak setimpal.

Minggu lalu, kira-kira 100 penduduk Kampung Ulu Temiang, Seremban berarak kira-kira 4 kilometer dari kampung mereka ke Istana Hinggap bagi menuntut campur tangan Yang Di Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Mukhriz, bagi menyampaikan warkah memohon campur tangan Istana bagi mendapatkan lebih pampasan selepas setinggan yang diduduki lebih 40 tahun diarah dikosongkan.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana