Pulak Dohhhh.....Larangan penggunaan pembesar suara luar masjid, surau dikaji semula

GEORGETOWN: Majlis Fatwa Negeri dan Jabatan Mufti Pulau Pinang akan mengkaji semula keputusan larangan penggunaan pembesar suara di luar masjid dan surau, kecuali untuk azan serta iqamah.

Mufti Pulau Pinang, Datuk Dr Wan Salim Wan Mohd Noor, berkata pihaknya akan mengkaji semula pandangan orang ramai berhubung larangan itu, sebelum keputusan mengenainya dimuktamadkan.

"Jawatankuasa Fatwa Pulau Pinang tidak terlalu rigid untuk mengeluarkan keputusan berhubung larangan penggunaan pembesar suara ini.

"Justeru, biar pihak kami meneliti mengenainya daripada pelbagai aspek, sebelum keputusan mengenainya dimuktamadkan," katanya ketika dihubungi BH, sebentar tadi.

Rabu lalu, larangan penggunaan pembesar suara, kecuali untuk azan dan iqamah dikeluarkan Jawatankuasa Fatwa negeri melalui surat Jabatan Mufti Pulau Pinang bertarikh 1 September lalu.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana