PRU 14 : DAP Yakin Dapat Tawan Johor

 DAP yakin dapat menawan negeri Johor pada Pilihanraya Umum ke-14 (PRU 14) nanti.

Perkara itu dinyatakan oleh Pengerusi DAP Johor, Liew Chin Tong dalam ucapannya semasa Konvensyen DAP Negeri pada 11 Oktober.

“Harapan saya supaya DAP Johor bukan sahaja bersiap sedia untuk menghadapi pilihanraya umum akan datang, tetapi juga melengkapkan diri sebagai bakal pewaris kerajaan negeri, kerajaan persekutuan dan kerajaan tempatan.

“Misi kita dalam dua tahun akan datang adalah untuk mengubah Johor dan sekaligus mengubah nasib Malaysia dalam 50 tahun akan datang,”kata Liew.

Menurutnya, PRU 14 adalah medan terakhir partinya berjaya menamatkan legasi pemerintahan UMNO yang sudah bertapak sejak di negeri itu dari tahun 1955.

“Perjuangan untuk menamatkan kuasa UMNO sejak 1955 akan menyaksikan pertempuran paling hebat di Johor.

“Setiap lapisan parti termasuk PLC, cawangan, DAPSY, Wanita, semua perlu menyiapkan diri untuk menghadapi cabaran tersebut, supaya kita bersedia untuk mentadbir negeri Johor dan menawan Putrajaya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana