PPS: Mahkamah tolak permohonan kerajaan Pulau Pinang batalkan perintah KDN

GEORGETOWN: Mahkamah Tinggi Pulau Pinang hari ini menolak permohonan kerajaan negeri untuk membatalkan perintah Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang mengisytiharkan Pasukan Peronda Sukarela (PPS) negeri ini sebagai sebuah pertubuhan haram.

Pesuruhjaya Kehakiman, Collin Lawrence Sequerah, membuat keputusan itu di dalam kamar di hadapan peguam mewakili kerajaan Pulau Pinang, Quah Su Enn dan Ketua Unit Guaman, Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri, Zahruddin Mohammed Isa.

Quah memberitahu media bahawa alasan permohonan itu ditolak dijangka akan dikeluarkan oleh mahkamah minggu depan.

"Saya tidak dapat memberi lebih banyak maklumat kerana alasan hanya akan dikeluarkan minggu depan.

Sekiranya mahu merayu, kita perlu duduk dan bincang Pada 27 Januari lepas, kerajaan DAP Pulau Pinang memfailkan permohonan bagi semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang untuk membatalkan perintah KDN yang mengisytiharkan PPS negeri ini sebagai sebuah pertubuhan haram.

Dalam permohonan itu, kerajaan negeri menamakan Menteri Dalam Negeri, Ketua Polis Negara dan Kerajaan Malaysia sebagai responden dan antara lain memohon suatu perintah certiorari untuk membatalkan perintah yang dibuat Menteri Dalam Negeri pada 3 November 2014 yang mengisytiharkan PPS sebuah pertubuhan yang menyalahi undang-undang mengikut Seksyen 5(1) Akta Pertubuhan 1966.

Kerajaan negeri itu turut memohon suatu perintah mandamus bagi mengarahkan responden mengembalikan semua jaket, peralatan, lambang, senjata atau sebarang dokumen kepunyaan PPS.

Kerajaan negeri juga memohon suatu deklarasi bahawa PPS telah ditubuhkan secara sah dan betul oleh kerajaan negeri menurut Seksyen 101(v) Akta Kerajaan Tempatan, 1976.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana